Friday, June 29, 2007

Doa ku...


Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim
BismillahBismillah Yaa Fattahu Yaa halim
BismillahYaa Allah Yaa mannaanu
Yaa karim Yaa AllahYaa Allah Yaa mannaanu
Yaa karim Yaa AllahBismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rohim

Sangat suka dengar lagu ni... pendek sahaja.. tapi punyai mesej yang amat mendalam...

Hakikat kehidupan kita... ujian dan cubaan datang dan pergi.. mehnah dan tribulasi yang tak pernah jemu untuk mengisi perjalanan hidup kita... membuatkan kita tak mampu untuk teruskan lagi.. tanpa ada bantuan dan pertolongan dari Ilahi....

Tapi Allah pun ada sebut dalam Al Quran...
Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu ( al-Mukminun : 60 )

Maksudnya... Allah sangat suka pada hambaNya yang merayu-rayu padanya... Doa kan senjata orang mukmin...?

Wallahua'lam..

Thursday, June 28, 2007

Hamas… dan pertempuran di Gaza


Berita di TV dan radio. Seolah-olah Hamas mengganas di Gaza, membunuh sesuka hati bangsa sendiri di jalanraya. Banyak perkara kabur. Seolah-olah Islam memang pengganas dan sanggup membunuh bangsa sendiri. Perlu hati-hati dengan berita terkini ini. Berita sekolah, masjid, klinik, pejabat dan kedai-kedai Hamas dibakar dan ditangkap di Tebing Barat oleh kumpulan al-Fath tidak dihebuhkan.


Sebenarnya yang ditangkap di Gaza oleh Hamas adalah pendokong al-Fath dan pembelot Palestine yang memberi kerjasama kepada Yahudi. Hamas menjumpai dokumen kerja sulit al-Fath yang menjadi alat kepada Israel dan Amerika. Penglibatan mereka membunuh Yaser Arafat juga dijumpa. Penduduk Gaza mengganggap penguasaan Hamas di Gaza ini sebagai pembebasan kedua selepas pengunduran Yahudi.


Jangan lupa mesti ada tangan-tangan di belakang peristiwa dan berita-berita yang disiarkan oleh media antarabangsa. Baca lanjut kesah sebenar di http://www.islamonline.net/English/index.shtml atau di http://www.ikhwanonline.com/ (arabic)

JANGAN TERPENGARUH DENGAN AGENDA DAN MEDIA BARAT !

Petikan artikel daripada :

Wednesday, June 27, 2007

Kita malas membaca….?


Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)
Petikan artikel daripada :

Friday, June 15, 2007

Di bawah naungan Al-Quran...




" Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.... tanpa mereka sedari... "


" Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.."


“Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja “ -Syed Qutb

Thursday, June 14, 2007

Kau sahabat..kau teman..


Rasulullah saw. pernah bersabda: “Peganglah(ikatlah) oleh kalian saudara-saudara yang tulus, kerana sesungguhnya mereka adalah perhiasan saat senang dan pelindung saat susah...”

Friday, June 1, 2007

Mukhayyam Tarbawi...




Assalamualaikum.....

Lama sudah tidak menulis entry baru dalam blog ku ini... sudah pasti ramai yang ternanti-nanti coretan baru si empunya blog (ahaha.. perasan sendiri)

Dua minggu kebelakangan ini, kebanyakan masa saya isi dengan persiapan program di sekolah saya dahulu...SMK Seri Perak... Mukhayyam Tarbawi (MUKHTAR 07). Program yang melibatkan fasilatator daripada pelbagai latarbelakang... KUSZA.. UM.. UPSI.. USM.. Kolej Kejuruteraan (Ada yang saya tidak sebutkah..?)

Pastinya menggamit memori indah bersama adik-adik dan teman-teman... dan Allah s.w.t tidak lupa untuk menyelitkan bersama ujian-ujian yang benar-benar menguji ketabahan hatiku... Ujian apakah itu..?

Apa sahaja... yang pastinya... saya bersyukur kerana 90% daripada perancangan program dapat dilaksanakan... kita hanya merancang.. tapi perancangan Allah adalah yang terbaik!! Dan ini pastinya suatu tarbiah dari Allah Yang Maha Pengasih...

Ada ketikanya, saya tidak lari daripada perasaan kecewa dan berputus asa. Kadang-kadang saya menyesali diri sendiri apabila berfikir semula tentang waktu itu.... keadaan diri saya yang lupa untuk menyerahkan segalanya pada Allah.. pengajaran buat diri saya sendiri... "Jangan mudah berputus asa... kerana Allah mengetahui sesuatu yang terbaik buat kita!!" Mudah-mudahan saya akan berfikiran lebih rasional untuk program-prgoram yang akan datang (ada lagikah... wallahua'lam...huhu)


Mari kita renungkan sejenak.... firman-firman Allah yang dapat membuktikan bahawa di dalam alam al-wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak.


إِنَّا ُ كلَّ شَيْءٍ خََل ْ قنَاهُ بَِقدَرٍ
“Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi”
(Al-Qamar : 49)


وَخََلقَ ُ كلَّ شَيْءٍ َفَقدَّرَهُ تَقْدِيرًا

“Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.” (Al-Furqan : 29)

Setiap perkara dan kejadian ada hikmahnya tetapi hikmah itu adalah suatu perkara ghaib yang amat mendalam dan tidak akan ternampak oleh pandangan manusia yang singkat.

وَعَسَى َأن تَ ْ كرَهُوْا شَيًْئا وَهُوَ خَيْرٌ لَّ ُ كمْ وَعَسَى َأن تُحِبُّوْا شَيًْئا وَهُوَ شَرٌّ لَّ ُ كمْ وَاللّهُ
يَعَْلمُ وََأنتُمْ َ لا تَعْلَمُوَ ن


“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah 2 : 216)

Sesungguhnya.. Allah Maha Berkuasa pada setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku...


وَمَا تَشَاؤُو َ ن إِلَّا َأن يَشَاء اللَّهُ

“Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah.” (Al-Insan : 30 )


Saya juga ingin memohon maaf kepada teman-teman fasilatator, terutama muslimat seandainya terdapat keterlanjuran kata mahupun perbuatan saya... sesungguhnya, saya hanya insan kerdil yang kadang kala tidak menyedari kesilapan saya sendiri...

Terima kasih khas buat Bidasari yang banyak menyumbangkan idea dalam program ini... Syukran bida... jadi moderator... mc... dan memainkan peranan penting dalam slot muhasabah. Setinggi-tinggi penghargaan buat teman-teman yang lain, kerana sudi menerima undangan sebagai fasilatator... wahida.. syuhada.. mahirah.. Ainum..

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pengarah Program di atas kesudian menerima tetamu-tetamu daripada Universiti Malaya... Syukran jazilan... dan mohon maaf atas kesalahan saya... Penghargaan khas buat bekas-bekas pelajar SMK Sri Perak yang lain... dan tidak lupa kepada ustazah yang terlalu banyak membantu...

Hehe.. saya seolah-olah sedang membuat perutusan di hadapan orang ramai. Syok sendiri la nampaknya saya...

Selesai sudah satu urusan.. Dan kini.. banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan... banyak lagi tugasan lain yang harus dilaksanakan. Selamat berusaha.... Semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari hari semalam...


Maka apabila engkau telah selesai (dengan sesuatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)

Al Insyirah 94:7


Wallahua'lam....