Friday, December 7, 2007

isk... isk...

Thursday, December 6, 2007

10 minit..

10 minutes might be insignificant for most of us.. but have u ever wonder that anything can happen between this period? Semuanye kuasa Tuhan, MasyaAllah.. Sila lihat klip video ini...

Salahudin penakluk Jerusalem

Baru habiskan sebuah novel "Salahudin Penakluk Jerusalem".. menarik.. selepas baca buku tu, baru tau sejarah bagaimana palestin ditawan semula oleh tentera Islam...
Satu dialog di antara Salahudin Al-Ayubi dan pembantunya yang menarik hati saya :

" Apabila umat Islam bersatu, mereka kuat dan musuh tidak berani melakukan kezaliman, tetapi apabila umat Islam berpecah belah, mereka ibarat buih yang banyak, tetapi lemah.." kata Sultan Salahudin Al Ayubi.

" Benar, Rasulullah s.a.w pernah berdoa tiga perkara. Pertama, umat Islam tidak dihapuskan dari muka bumi dan Tuhan menerimanya. Kedua, umat Islam tidak mati kelaparan dan doa itu juga dimakbulkan. Doa yang ketiga pula supaya umat Islam tidak berpecah belah. Tetapi doa itu tidak dimakbulkan Tuhan.." Bahaudin pula menyampuk.

Panglima Muluk menyampuk. "Mengapa Tuhan tidak makbulkan doa Nabi supaya umatnya tidak berpecah belah?

"Allah hendak menguji siapa di antara umat Islam yang kuat imannya," jawab
Sultan Salahudin Al Ayubi.

Ini terbukti. Ketika penaklukan semula Palestin pada zaman pemerintahan Salahudin Al-Ayubi, baginda berjaya menyatukan negara-negara Islam bagi menghadapi tentera Salib. Pemerintah di setiap wilayah jajahan Islam menghantar bantuan, demi membantu Salahudin menakluk semula bumi Palestin daripada cengkaman dan kezaliman tentera salib.



Amat berbeza dengan situasi kini... keadaan seperti itu tidak lagi berlaku... pemimpin-pemimpin 'negara Islam" sibuk dengan hal masing2...


Ketika kewafatan Sultan Salahudin Al-Ayubi, walaupun baginda adalah sultan yang memerintah dari Mesir ke Yaman, namun dia tidak memiliki walaupun sebuah rumah dan wang simpanannya hanya empat dinar...

" Bila pintu taubat sudah tertutup... rayuanmu adalah sia-sia... "


Sunday, December 2, 2007

musafir...

Musafir…

‘Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara… ‘ ( Hujurat :10)

Alhamdulillah… selamat sudah jaulah kami ke pantai timur… hilang penat di badan bila mengingatkan kembali detik2 jaulah yang saya rasakan sangat best… indahnye jaulah tidak hanya bila dapat makan keropok losong… tetapi lebih dari itu….

Hati terasa amat bersyukur tatkala menjejakkan kaki di telipot bersama adik2 mrsm pc. Walaupun pada awalnya terasa berat diri ini untuk menyertai jaulah bersama akhawat2 dalam misi ke pantai timur ini, namun dengan izinNya jualah aku berada di situ bersama-sama mereka… Alhamdulillah.. bersyukur sangat dapat ikut ‘berjaulah’….

“ Dan Dia mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kami tidak akan dapat mempersatukan hati mereka. Tapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ‘ ( 8: 63)

Dengan jaulah, Allah memudahkan kami bertemu, bercerita dan mengenali hati budi masing-masing.. ketika inilah konsep ithar dapat dipraktiskan…..

Pengalaman menarik ketika ziarah ke rumah kak farah… tertarik dengan cara kak farah didik anaknye, fatih…

Masih teringat pada mak long…. Kata mak long “muslimah pembangun ummah”…

Juga pada adik2 mrsm pc… awalnye.. rasa macam susah nak rapat dengan mereka… tetapi setelah berhari2 tidur satu toto makan sedulang…. Akhirnya terasa ada satu ikatan yang mula tersimpul… Sungguh indah rasanya, bila mereka yang tidak kita kenali, berubah seolah2 menjadi insan yang paling kite kenali…

Habis program bersama adik2 pc… maka bermulalah misi menjelajah kelantan… petang tu, sempat melawat ke rumah kak maryam… and malam tu.. tidur kat rumah dr hafizah yang kami panggil kak fiz..

Esoknye.. sempat ke bndar kota baru.. awalnye, niat di hati nak g dengar ceramah tok guru.. tapi terlepas pulak …bila sampai ke kb, sume orang sudah mula bergerak pulang… setelah habis mendengar ceramah tok guru… hehe…

Tengahari tu.. sempat melawat ke rumah ummu… lepas tu ke rumah syahid… dan seterusnye ke rumah ummi….
Pengalaman bersejarah… dalam sehari tu je.. smpai 4 kali kami dijamukan dengan nasi.. bab kata akhawat lain.. ‘hari raye pun tak macam ni’…..hoho…

Inilah hikmah berjaulah, bukan sahaja dapat mengisi jiwa kita, tapi dapat juga mengisi jiwa saudara kita, jika kita menziarahi mereka dengan niat yang benar…

’Maka tidakkah mereka berjalan di bumi, sehingga akal mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta itu adalah hati di dalam dada ‘ ( 22:46)

Maka berjalanlah kerana Allah, kerana mahu mendapatkan redhaNya… bukan sekadar suka-suka untuk enjoy dan have fun sahaja… sebab kita takkan dapat kebahagian hakiki dan kepuasan yang abadi buat selama-lamanya. Bukan sahaja buang duit, penat badan dan buang masa juga…. Apabila kita berjalan untuk mencari redhaNya, menjalinkan silaturrahim , meluaskan pengalaman dan pandangan, insyaallah perjalanan kita akan menjadi perjalanan yang sangat nikmat dan membahagiakan!

Seseorang menziarahi temannya di satu tempat, lalu Allah mengutus seorang Malaikat yang menunggu di tengah perjalanannya. Ketika ia sampai, Malaikat pun bertanya: “Kamu nak jumpa siapa? Jawabnya: “Saya nak berjumpa dengan teman saya di tempat ini’. Malaikat bertanya lagi: “Adakah kamu akan mendapatkan sesuatu darinya? “Jawabnya: “tidak, tetapi hanya kerana saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Aku diutus Allah kepadamu untuk memberitahukan, bahawa Allah mencintaimu seperti kamu mencintai saudaramu”. ( Hadis)

Dalam perjalanan pulang ke key el… kami sempat singgah sebentar ke pantai teluk cempedak… Pada keindahan alam yang menyeliputi alam ini, ku terasa dekat denganMu.. terasa kerdil dan hina aku di bawahMu… cantiknye pantai!! Subhanallah…..

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi”

Lewat jam satu pagi… alhamdulilliah… kami akhirnye selamat sampai… jazakillah pada kak sofi dan ain… yang telah bertabah hati memandu kereta dengan jayanya….jazakilllah buat semua yang terlibat dalam misi jaulah ke pantai timur pada kali ini…. Sayang semua….. jazakillah, dan maaf andai terdapat salah silap sepanjang misi jaulah….

Memori permusafiran ke pantai timur 26 november ~1 disember 2007