Monday, December 15, 2008

erti hidup adalah untuk memberi...

lama sudah tidak diupdate entri baru disini... rindu untuk berkongsi... tapi apakan daya... kerana tidak berkesempatan....

teringat soalan kakak suatu ketika dahulu.

apa itu ukhuwah?

"ukhuwah itu ikatan..."

"ukhuwah itu kasih sayang..."

"ukhuwah itu persaudaraan..."

seorang demi seorang mencuba pandangan.

"akak tak mahu jawapan skema. itu semua jawapan skema"

semua terkesima.

"bile kita rasa inginkan bantuan, dia sedia menghulurkan"

"bile kita keseorangan, dia temankan. itulah ukhuwah"

siapa lagi mahu cuba?

"ukhuwah itu bila kita saling melengkapi"

seorang demi seorang mencuba lagi.

"ha... sikit lagi. 80 peratus betul. cuba lagi." kata kakak.

"ukhuwah itu pengorbanan"

"ya!!! betul pun...."

semua tersenyum.

Ye... itu lah ukhuwah. ukhuwah adalah pengorbanan. ukhuwah itu tidak hanya kita berkenal-kenalan. ukhuwah itu tidak hanya berkongsi cerita. tidak hanya bertanya khabar setiap hari.

Ramai orang pelik mengapa orang sanggup berkorban. si utara sibuk ke selatan kerana melawat ukhtinya di sana yang kekeringan. mengapa? itulah ukhuwah. suatu pengorbanan.

Mengapa org sanggup bersusah payah kerana dia? itulah ukhuwah. tidak kenal erti penat atau jemu. tidak kenal erti susah. gembiranya ukhti kita bererti kita gembira. susahnya mereka bererti kita juga susah.

Erti hidup adalah untuk memberi. tadi berkongsi cerita dengan teman-teman. ye. segala apa yg Allah sediakan, bukan hanya untuk kita gunakan sendiri. malah untuk dikongsi bersama. malahan walau kita hanya tahu sedikit cuma, tapi perlu dikongsi bersama orang lain. bukan sendiri.


wallahua'lam...

Monday, September 29, 2008

Sultan Muhammad El-Fateh...

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

**************************

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.


Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.


PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi.


Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.


PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.


Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.


Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.




Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.



Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.



Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.


Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.


Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Saturday, September 27, 2008

Celupan...

Alhamdulillah... selamat sampai ke rumah..

Rumah... Medan sebenar untuk diri ini...

Apakah diri ini akan terus istiqamah...

Apakah diri benar-benar telah dibentuk oleh acuan Islam...

Ya Allah... kuatkan kami...

Walau di mana kami berada...

Jadikan kami sentiasa dalam sibghah-Mu...

Mujahadah!!!


" Sibghah Allah" Siapa yang lebih baik sibghah-Nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah... 2: 138



Pasti ada di antara kamu yang tertanya-tanya.."sibghah?? apakah...."

Sibghah itu ertinya celupan... atau acuan...

Biar saya ceritakan satu analogi...

Bagaimana kamu ingin menjadikan sekeping biskut kosong itu, kelihatan seperti biskut coklat?

Mudah saja... celupkan biskut itu ke dalam secawan coklat cair... Dengan mudah sang biskut kosong berubah wajah menjadi biskut coklat...Nah... mudah bukan...

Itu analogi biskut coklat... apa pula kaitannya dengan diri kita?

Kita mahu jadi apa? Jika kita mahu jadi muslim sebenar, celupkanlah diri kita ke dalam Islam itu... bagaimana? pastinya bukan mudah.. ia merupakan suatu proses yang memakan masa... dan itulah tarbiah.... kita mendidik diri, membentuk diri menjadi seorang muslim sebenar... islam 'i' huruf kecil pastinya!!!

Bagaimana?? Banyak caranya... Bagi saya usrah itu suatu yang amat penting ... amat sangat, sangat-sangat, malah terlalu sangat.. dan ianya bukan hanya suatu rutin...

Wednesday, September 24, 2008

tautan hati...

Alhamdulillah.... usai sudah iftor bersama adk2.... sederhana sahaja, tapi gembira rasanya... berkumpul bersama2 sebegitu... adik, akak mahu bersama2 dengan kamu semua lagi...

Terngiang2 di fikiranku.. sh yg baru berlalu beberapa hari lalu... shahadah... bukan hanya suatu lafaz, tapi suatu tanggungjawab yang sangat2 perlu ku laksanakan...

Jazakillah pada k.kimah... sh yg sangat menusuk hati...

Adik... akak rindu untuk bersama2 dengan kamu semua lagi... rindu untuk bercerita pada kamu semua... tentang apa ya...? terlalu banyak yang akak nak sampaikan pada kamu semua...

Ku tatap wajah mereka satu persatu... terngingat kata2 dari seseorang... saat kamu mengenali mereka, maka sehingga akhir hayat dunia nanti kamu bertanggungjawab ke atas mereka...

Ya Allah.. tautkanlah hati2 kami ya Allah.. agar kami dapat menelusuri jalan kepadaMu bersama2 Ya Allah...

Doa kami...


"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin.."


Ameen...
Ameen...
Ya Rabbal 'Alamen.....

Ya Allah... perkenankanlah....

Sunday, September 21, 2008

shahadatul haq

SHAHADATUL HAQ atau dlm erti kata lain penyaksian atas kebenaran.apa maksud kebenaran ini??sebagai umat islam,bukankah hari2 kita mengucapkan shahadah “Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yg Disembah Melainkan Allah,Dan Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah”. Ini lah kebenaran yang wajib kita saksikan kpd org lain tak kira kpd muslim or non-muslim. Namun, penyaksian bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah TIDAK CUKUP DGN HANYA melaksanakan rukun islam – iaitu solat,puasa,tunaikan zakat dan haji.ianya lebih dr itu.dlm Al-Quran pun byk Allah berfirman tentang tanggungjawab shahadatul haq ini:

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu” [Al-Baqarah:143]

*Umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, karena mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

“Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" [Al-Baqarah:140]


Umat pertengahan… ertinya, kita adalah saksi pada kebenaran. Rasul telahpun menyampaikan kebenaran itu kepada kita. Sekarang, tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran itu pada insan lain...

Jelas kan disini, Allah menuntut kita utk melaksanakan shahadatul haq dan Dia murka kepada org yang xmelaksanakan tanggungjawab ini. Persoalannya bagaimana?? hmm…sebab tu kita kna mengajak insan-insan lain kembali pada Allah... dengan erti kata lain.... dakwah... tapi, perkataan dakwah ni, kadang2 jadi perkataan yang sgt sensitive bukan? Hem.. mengapa ye... salahkah kita nak ajak insan lain kepada yg haq...

Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasul-Nya..

Tak cukup dengan hanya beriman...
Tak cukup dengan hanya menjadi orang yang melaksanakan solat, puasa, buat perkara2 kebajikan, dan lain2...
Tapi kita perlu pamerkan, perlu demonstrate islam itu.....
Dan yang paling PENTING, kita perlu tunjuk dan ceritakan kepada orang lain... barulah tanggungjawab kita terlaksana...

Contoh yang kita boleh nampak... para sahabat, bile dah dapat islam, mereka tak simpan sorang2... mereka tidak hanya menjadi orang yang solat, puasa, dan lain2. tapi, mereka menjadi orang yang menyampaikan isi islam itu kepada orang lain...

Buktinya? Lihatlah, berapa ramai je sahabat yang dikebumikan di Mekah-tempat asal mereka.. kebanyakan mereka syahid di luar sana- membuktikan mereka berusaha untuk menyampaikan islam itu...

Lihat Mus’ab bin Umair... satu Mekah menerima Islam…
Lihat Abu Dzar.... dapat je dari Nabi Muhammad, segera kembali ke kampung halamannya sampaikan pada seisi kampung...

-saya mahu menjejaki mereka...-

Kalau kita renungkan balik firman Allah dlm kedua2 ayat di atas,jelas pada kita tentang kewajipan shahadatul haq. Jelas juga pada kita bahawa di akhirat kelak,Allah akan mempersoalkan apa yg telah kita lakukan sbg penyaksian kpd kebenaran itu…. Mintak maaf, sebab tak pandai menyusun kata...

Wallahua’lam...

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan... hadirmu kunanti...

Assalamualaikum... Masih belum terlambat untuk ku ucapkan ahlan wasahlan ya Ramadhan!!! Bulan seribu rahmat... seribu keampunan... Ramadhan.. hadirmu ku nanti.....

Seronoknya berada dalam bulan Ramdhan kali ini..entah mengapa.. ada suatu perasaan yang berbeza dengan ramadhan2 sebelum ini.... Ku rasakan istimewanya ramadhan kali ini mungkin kerana lebih banyak masa bersama-sama dengan akhawat... bahkan, hari pertama ramadhan ku habiskan bersama-sama dengan akhawat...

Mungkin kita boleh share sikit jadual kita dalam bulan yang mulia ni... dan mudah-mudahan, berakhirnya ramadhan kita masih istiqamah utk teruskannya.... amen...!!! mari kita share....

4.00 pagi -

Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi -

Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi -

Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi -

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi -

Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi -

Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh -

Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg -

Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg -

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur. Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg -

Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm -

Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm -

Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Saturday, August 30, 2008

Langkah bermula...

Alhamdulillah.. setelah sekian lama blog ana tidakdi update... aha..

Nak kongsi tentang isi liqo' semalam bersama2 dengan shi, k.huda, yuti dan shikin. Sangat seronok... apabila bermandi denan iman.... walaupun sekejap cuma pertemuan kami semalam.. namun, semoga ianya terus kekal dalam hati... buat bekalan perjalanan hidup ini.... ya.. hidup yang hanyalah sebuah perjalanan menuju destinasi yang pasti...
langkah kita baru bermula... kita seolah2 sedang menunggang kuda, atau memandu kereta.... hakikatnya pastinya kita sudah mengetahui ke manakah destinasi pengakhiran yang kita akan tujui... cumanya, Allah memberikan kita pilihan... jalan manakah yang kita akan lalui....

Semalam kami sibuk bercerita tentang jalan.... dan cerita tentang jalan ni ada disebut dalam surah As-syams surah yang ke 91... mari kita sama-sama bertadabbur....

Tadabbur itu apakah? apa bezanya tafsir, tadabbur dan terjemahan?

Terjemahan itu direct translate... contohnya ayat ini... مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّ ertinya "Barangsiapa yang telah mengenal akan dirinya, niscaya akan kenallah dia kepada Tuhannya..."

Tafsir pula ia menjelaskan lagi maksud dalam ayat tersebut... manakala tadabbur pula ialah kita memahami dengan mendalam apa yang Allah nak sampaikan... "ayat-ayat cinta" dari Allah...

Tadabbur ni.. kita menggunakan hati untuk memahami.... dalam suatu hadith yang bermaksud "siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, akan diberikan kefahaman dalam agama... Dalam tadabbur, kefahaman itu yang kita mahukan.... faham dan tahu... dua sifat yang berbeza.... faham itu lebih meninggalkan kesan yang 'basah'.... macam analogi kapas basah dan kapas kering.... dua kapas tersebut, apabila diletakkan di atas tanah, mana yang tanah akan melekat padanya? pastilah kapas yang basah bukan? Marilah kita menjadi kapas yang basah apabila kita bertadabbur.....

Sambung semula cerita kami tadi.. kami sama2 bertadabbur surah as-syams...

1- Demi matahari dan cahaya siangnya.
By the Sun and his (glorious) splendour;
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
2- Demi bulan apabila dia meng­ikutinya.
By the Moon as she follows him;
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا

3- Demi siang apabila menampakkannya.
By the Day as it shows up (the Sun's) glory;

وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاَّهَا
4- Demi malam apabila menutupinya.
By the Night as it conceals it;
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا

5- Demi langit dan apa yang mendirikannya.
By the Firmament and its (wonderful) structure;

وَالسَّمَاء وَمَا بَنَاهَا
6- Demi bumi dan apa yang menghamparkannya.
By the Earth and its (wide) expanse:
وَالأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا

7- Demi sesuatu diri dan apa yang menyempurnakannya.
By the Soul, and the proportion and order given to it;

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا

8- Maka menunjukkanlah Dia ke­padanya akan kejahatannya dan kebaikannya.
And its enlightenment as to its wrong and its right;-

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Ada beberapa perkara yang nak di highlight kan kat sini...

Allah memulakan surah ini dengan sumpah... perkataan 'demi'....
Apabila kita bersumpah, pastinya kita ingin mengatakan tentang sesuatu yang amat besar dan penting... Ya!!! Allah nak sampaikan sesuatu yang amat.. sangat... dan terlalu penting di sini... SUPER penting.... Allah mengambil persumpahan dengan beberapa makhluk yang Dia ciptakan, yang samasekali itu adalah makhluk besar jika dibandingkan dengan kejadian manusia. Pastinya perkara yang Allah nak sebut lepas, semestinya sesuatu yang sangat besar...

Allah bersumpah demi matahari, bulan, siang, langit, dan bumi... semuanya itu ciptaannya yang hebat2.. Dan lepas tu, dalam ayat yang ketujuh, Allah sebut 'an-nafs'.... 'An-nafs' dalam bahasa arab bermaksud jiwa.... bukannya nafsu (keinginan) yang kita selalu tafsirkan...

Dan jiwa tu adalah suatu benda yang sangat besar.. dan sukar untuk dikawal....

Dan ayat seterusnya (ayat 8) menerangkan tentang hakikat jiwa manusia, Allah mengilhamkan pada manusia dua jalan... jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan... ayat ni juga ada persamaan dengan ayat ke 10 Surah al-balad... dan juga ayat ke 3 surah al-Insan.. dan lepas ayat tu, Allah bagi jawapan, ape effect nye kalau kita ikut jalan ketaqwaan dan sebaliknye.... ni kire macam soalan bocor la.... ehe... bagi soalan... dan kemudian ade jawapan.... humh... baiknye Allah.....

Dan kemudian....surah ni dikaitkan dengan kisah kaum tsamud.... next week kita akan bincang lagi.. berkenaan dengan kisah kaum tsamud....

Kesimpulannya di sini... dalam hidup ini ada dua pilihan jalan.... dan Allah bagi pilihan pada kita nak pilih jalan yang mana... Terpulang pada kita... dan dalam surah as-syams tu... kita sepatutnya sudah tahu apakah jalan yang terbaik untuk kita pilih....

Alhamdulillah... jmpe lagi mgu depan, insyallah... dengan topik2 dan isu2 yang lebih menarik... ehe...

Wallahua'lam....


Wednesday, June 4, 2008

~sehari bersama makcik shishi~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berjaya sampai ke rumah shi (teman yang baru saya kenal melalui sms je!) - setelah bersesat-sesatan selama hampir satu jam setengah. Sebenarnya tak susah sangat pun dan pergi ke rumah shi, tapi memang Allah nak uji saya pada hari itu. Hari-hari kita adalah hari-hari yang penuh dengan ujian. Dan ujian2 itulah yang membuatkan saya lebih bersemangat!!!

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad di antara kamu.... " 9:16

Dan dengan izin-Nya jualah detik2 semalam menjadi detik yang sangat best.... walaupun kami baru 1st time bersua muka... tapi, Allah menjadikan perasaan saya seolah2 kami dah lama kenal... (saya sebenarnya sangat susah nak rapat dengan orang...!! hu2...!!)

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfak semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana... "

Lagu khas buat shi... tika itu-unic

Dan di ketika itu kita
Membina subur nur harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan di saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tertakdir rahmat di tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian di cita
Kepuncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kitakan pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita

Jazakillah.....

Tuesday, March 25, 2008

Al imanu... Yazid wa yan qus



Iman itu.. naik dan turun... begitulah juga aku... Ternyata, jiwa ini masih baru dalam tarbiyah, jiwaku masih goyah dengan ujian, hatiku masih belum kuat menempuh hari-hari yang mendatang, terutama apabila aku ditinggalkan berseorangan di medan jihad ini...

Namun, jangan terus mengalah wahai jiwa... bangunlah... bangunlah dan teruslah berkerja... walau jiwamu seringkali terdetik ungkapan-ungkapan yang tidak wajar...

Jangan tidur wahai hati. Teruskan bergerak, teruskan mengalir. Jika engkau malas untuk menyeru manusia kepada Allah, kamu sebenarnya mematikan hati kamu sendiri, bukan mereka… Teruslah hidup wahai hati… jangan tersingkir dek terikutkan keadaan yang ada di sekeliling kita…

(Mahu siapkan tugasan dari lecturer... beberapa assigment lagi yang perlu ku habiskan... berusahalah..!!!)

Sunday, March 16, 2008

24/7



24 jam sehari... 7 hari seminggu...

itu adalah hari-hari bermakna buatku...

aku mahu...

Ya Allah.... clearkan niatku....

Kenapa aku nak buat kerja dakwah ni?

Ape sebenarnya matlamat aku?

Adakah kerana sebab orang suruh, maka dengan itu baru aku nak buat...

Ataukah hanya kerana-Mu Ya Allah...

Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...

Kadangkala aku terasa tak mampu.... tapi kenapa aku buat juga... mengapa aku sanggup teruskan juga...

Ya Allah... seringnya aku merasa ketidakmampuan ku itu... untuk memikul amanah-Mu ini..

Tapi mengapa aku masih sanggup teruskan juga Ya Allah....

YaAllah... mengapa... mengapa... mengapa....

hanya Engkau yang Maha Mengetahui Ya Allah....

Bukan aku tak mahu.... bahkan terlalu mahu... tapi aku selalu merasakan betapa diri ini terlalu lemah...

Ya Allah... bantulah aku...

Sesungguhnya... Aku terlalu mahu Ya Allah...


-Aku Mahu-

Saturday, February 23, 2008

Kita nk tenang dalam beriman, atau beriman dalam ketenangan...?

Kita nk tenang dalam beriman, atau beriman dalam ketenangan...?
"Penatnya rasa badan...." terkadang hatiku berkata-kata sebegitu.. seolah-olah mengharapkan simpati dari tuan punye badan....

Terkadang, rasa hati itulah yang membuatkan aku terasa nak berehat lebih...

***

"Kalau kita bergantung pada isu, isu itu akan hilang... Kalau kita bergantung pada semangat, semangat itu akan mundur..... tapi kalau kita bergantung pada iman... imanlah, insyaAllah... yang akan menggerakkan kita.... "..... teringat pada kata-kata ummu... terima kasih ummu....
***
Baya... penatnye...... rehat kejapla.....
"Berehat kat syurga nanti..." teringat kata-kata seorang teman suatu masa dahulu... ketika kami sama-sama kepenatan ketika berprogram..... Rindu rasanya untuk mendengar kata-kata sebegitu dari temanku itu... tapi, dengan takdirnya... kami telah dipisahkan oleh laut china selatan... Namun, biarpun kamu berjauhan.. akan kuingat kata-katanya itu... buat menjadi semangat bagiku...

***

Friday, February 1, 2008

"...Hadiah Hari Lahirku..."


PDF Print E-mail
Perkongsian pengalaman hidup oleh seorang sahabat.... Benarlah ungkapan yang acapkali kita dengar... hidup di dunia.. bagaikan sang pengembara.... dan dalam pengembaraan itu, pastinya akan ada ujian dan dugaan serta mehnah dan tribulasi yang akan mengisi setiap ruang penghidupan... yang pastinya, hidup ini tidak lengkap tanpa ujian dari-Nya... "Sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..." Dan yang manisnya, ujian itu jualah yang menjadi jambatan menuju kepada Pencipta Agung...

Penulis: Ummu Tareq

Mengharungi samudera kehidupan, Kita ibarat para pengembara,

Hidup ini adalah perjuangan, Tiada masa utk berpangku tangan,

Setiap tetes peluh dan darah, Tak akan sirna ditelan masa,

Segores luka dijalan Allah,Kan menjadi saksi pengorbanan....

ImageAku bersyukur pada Allah...Tatkala aku meraikan hari ulang tahun ku yang ke 21 pada 6 Januari lepas sebagai musafir... Di medan perjuangan...

“Pernah tengok cerita Love is Cinta? Ingat tak time sang hero cuba hentikan masa ajalnya semata – mata nak luahkan perasaan cinta pada orang yang dia suka?” Perbualan kami menjadi semakin hangat, walaupun tiga dari kami sudah mula diulit mimpi. Aesya yang memandu sekali sekala mencelah, namun pandangannya tidak lepas dari Ankabut yang berada di depan.

“Dan kita semua tahu ajal maut telah tetap untuk kita. Pena telah terangkat dan dakwat telah pun kering.” Rakan disebelahku menambah, “Ajalkan perkara yang pasti, jadi tak perlu takut kepada ajal. Apa yang perlu kita risau adalah macam mana nak jadi baik sehingga ajal datang menjemput.”

Sedang kami asyik bercerita tentang soal rezeki dan ajal.. kami dikejutkan dengan dentuman dan imbasan putih disebelah kanan kami... aku seolah-olah tidak percaya.. dadaku berombak kencang. Hati ku terdetik, "Ya Allah, biarlah sekiranya ia terjadi.. biarlah ia bukan kepada sahabat kami... Janganlah Ankabut." Kedengarannya seperti mementingkan diri, namun perasaan itu hadir kerana kasihnya aku pada mereka... semua macam perasaan bercampur –baur. Takut, gerun, gelisah, gementar... semuanya...

Aesya berhenti di laluan kecemasan. Aku dan sahabatku, hanya berdua keluar dari Unser kami. Terlalu gelap. Tiada lampu jalan yang menyuluh, tiada kereta lain yang lalu untuk kami tumpang simbahan cahaya mereka. Yang ada cuma cahaya malap telefon bimbit kecil kami. Sahabatku mula berlari, dan aku mengejar. aku berlari kuat... sekuat hatiku... mujur tiada kereta yang meluru laju tika deras langkahku makin hampir di tempat kejadian...

"Ya Allah... " Ankabutkah itu??? Aku seakan – akan tidak percaya. Ankabut-kereta yang banyak menaburkan budi di medan da’wah ini menjadi begitu sukar untuk ku kenali... Hancur. Itu saja yang dapat aku gambarkan. Ankabut terpelanting keseberang jalan sana, betul – betul berada di lorong laju arah yang bertentangan. Batang besi yang memegang kejap tayar Ankabut selama ini, terkulai layu.

Hatiku berdebar saat aku melihat sekujur tubuh terlantar dijalanan... Dalam kegelapan yang memekat itu, mataku cuba mengecam milik siapakah tubuh dan erangan lemah itu...Nasyitah!!!.. Nasyitahkah itu???

Sayup-sayup kedengaran bacaan kaset al-quran daripada kereta itu. Adakah aku bermimpi?? Ya Allah, sedarkanlah aku dari mimpi ini. Biarlah ini hanya mimpi yang panjang. Ini hanya mimpi.. Biarlah sekejap lagi aku terjaga dari mimpi ini.. Kami baru sahaja menghadam tazkirah maghrib dari Kak Nor... Baru sekejap cuma kami mulakan perjalanan dan berpakat untuk berhenti di depan sana. Ya, perhentian kami di depan sana, bukan di sini... Seolah – olah terlayar di depan mataku, dari detik gembira bersama di tepian pantai bertukar menjadi tangisan hiba atas lumuran darah dan kesakitan. Ini bukan mimpi!!

Cepat – cepat aku bergerak ke belakang Ankabut, kulihat kak Afifah mengerang kesakitan... Aku cuba bertenang. Hanya ketenangan dapat memandu aku untuk membantu saudaraku itu. Aku bimbang. Bimbang sekali aku tak mampu menghadapi tragedi ini. Ku lihat wajah kak Afifah menahan kesakitan dengan senyuman. Terlintas dibenakku wajah para syuhada yang kembali kepada Allah bersama secangkir senyuman.

"Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan syahid buat mereka.. Sungguh merekalah orang-orang yang beruntung.. Sungguh akan kucemburui diri mereka... tapi Ya Allah.. aku tidak sanggup kehilangan mereka.. tidak ya Allah.. demi da'wah ini..." Hati ku kacau bilau. Hanya doa yang bertasbih di bibir dan hati, tanpa henti. “Ya Allah, hanya Kau lah penyelamat kami.”

Aku terdengar seorang dari kami menghubungi talian 999. Dalam kegelapan malam dan hanya berbekalkan lampu telefon bimbit, aku tak mampu mengecam pemilik suara itu. Suaranya separuh tenang, dan kadang – kadang seperti mahu menjerit. “Ya Allah, berilah kami ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi mehnah ini.”

Terasa, lambat benar ambulan menemui kami...

Terasa, udara malam ini pekat sekali...

Terasa, suasana sunyi dan kelam... dalam kami kelibut mencari...

Terasa, seolah – olah masa terhenti...

Terasa, Dia sedang memerhati...

Terasa.... benar – benar merasai...

Yang kami ini, cuma pelakon di pentas dunia....

Setelah hampir 15 minit kekalutan dalam gelap, terpancarlah cahaya dari lampu kereta pengguna lebuhraya lain. Ramai mula berkumpul dan membantu. Dan sungguh – sungguh aku memohon pada-Nya agar tiada jiwa yang hilang. Biarlah harta dunia pergi asalkan mereka selamat. Sungguh – sungguh juga aku berharap agar kami tidak diuji dengan perkara yang tidak mampu untuk kami hadapi... aku tak mahu kehilangan sahabat – sahabatku...

Setelah ada yang menenangkan kak Afifah, aku bertanya siapa lagi yang cedera.

"Nasyitah kak...Nasyitah..."

"Nasyitah?" mindaku cuba menggambarkan wajah Nasyitah... “yang mana satu? Siapa??” Aku membilang wajah – wajah sahabat Brunei yang kebanyakannya baru aku kenali semenjak 3 hari lepas...

"AllahuAkbar.. Tidak!!!.. Nasyitah yang aku sering ku usik itu?Tidak!!!...Nasyitah yang kutujukan cerita hujan hidayah itu? Allahuakbar" mahu sahaja aku terduduk saat itu. Aku mencarinya dikesesakan orang ramai..

"Kenapa tadi aku tidak perasaan Nasyitah sedang mengharungi waktu-waktu sukar???" Pertanyaanku kali ini hanya terhenti di situ. Dalam payah aku cuba juga untuk mendidik diri agar tidak mempersoalkan apa telah yang berlaku.

Terlihat Nasyitah didampingi sahabatku. Aku menghampiri mereka. "Nasyitah, ingat Allah Nasyitah... You are very strong dear.. you are so strong... sabar Nasyitah.. Allah ya Allah" lancar sahaja tutur bicaraku untuk menguatkan semangat Nasyitah. Kedengaran, suara – suara sahabatku yang lain bertasbih kepada Allah, memohon hanya kepada Allah. Sahabatku memangku kepala Nasyitah dan membisikkan semangat. “Nasyitah, hanya Allah sahaja yang dapat bantu kita. Hanya Dia yang dapat dengar kita. Minta Dia Nasyitah. Mintalah. Panggilah Allah.” Jelas sekali dihadapanku Nasyitah menyebut kalimat Allah, mengadu kesakitan yang dilaluinya.

“Ya Allah, kepala dia berdarah.” Suara sahabat yang memangku kepala Nasyitah separuh menjerit. Panik menerpaku seketika. Aku hanya mampu melihat apa yang berlaku. Mata Nasyitah sejak dari tadi tidak lepas – lepas memandang langit. Dia mengangkat tangan kanannya, dengan jari syahadah, menunjuk ke langit. Tiada apa yang mampu kami lakukan kecuali memanjatkan doa tanpa henti.

Orang awam yang berhenti memang benar – benar membantu. Ada yang datang dengan peti kecemasan, mencurahkan ubat luka pada bahagian kepala Nasyitah yang cedera. Ada yang menjaga lalulintas, ada yang menawarkan kereta mereka untuk menghantar sahabat – sahabatku ke hospital, malah ada yang tolong mengutip barang – barang yang bertaburan waima sepuluh sen cuma. Ramai juga dikalangan mereka yang berpesan kepada kami untuk berhati – hati dengan barangan.

Tiba – tiba, Nasyitah berhenti bernafas. Sahabatku meletakkan jari ke hidung Nasyitah. Kemudian, dia menekup telinganya ke dada Nasyitah yang tiada naik turun lagi. Pergelangan tangan Nasyitah disentuh dan dia bercakap dengan diri sendiri, perlahan tapi cukup untuk ditangkap oleh pendengaranku. “Dia perlu oksigen.” Aku lihat dia merapatkan mulutnya ke mulut Nasyitah, dan menghembuskan udara. Kemudian dia menekan – nekan dada Nasyitah. Berulang – ulang, hingga kemudian kami kembali mendengar erangan Nasyitah. “Alhamdulillah. Allahhu Akbar!! Nasyitah, jangan tidur. Fateha, cakap dengan dia, jangan bagi dia tidur.” Kami bergilir – gilir memanggil namanya, cuba bercakap dengannya. Keadaan itu dirasakan cukup getir. Tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata – kata.

Alhamdulillah, ambulan mula tiba. Yang cedera parah, diangkat ke ambulan dan selebihnya menaiki kereta peronda ke hospital berdekatan. Sesungguhnya, Allah sahajalah sebaik-baik pelindung. Allah sahajalah sebaik-baik penolong

"Ya Allah, bantulah kami... tabahkan hati-hati kami... kuatkan lah mereka.. Kasihilah mereka... berilah kesabaran dan ketabahan buat mereka, sepertimana Engkau memberi kesabaran buat para RasulMu" doaku sambil mendongak kelangit, mengingatkan aku pada kisah Rasulullah saat mana bermulanya Badar alQubra....

"Ok..langkah yang begini... ambil 7 step, kemudian angkat sedikit hujung kakinya.. yang sana bulih dapat???" Aku tekun mengajar step tarian poco-poco pada sisters dari Brunei yang kelihatan excited mempelajarinya. Berada di tepian Pantai Batu Burok itu, kami bergelak ketawa ceria sambil mengusik antara satu sama lain. Baru sekarang aku memahami perasaan kasih kerana Allah.

"Kalau susah, kita ambil step ke kanan, kemudian kita kembali pada titik asal... macam kehidupan kita, kita kena selalu ingat untuk kembali pada asal, iaitu pada Allah, pencipta kita.." Walaupun kami menari;seolah ummu mukmin, Aisyah r.a. yg menari bersama muslimat meraikan kegembiraan hati, aku cuba juga untuk menyelitkan tazkirah agar hati – hati kami basah dengan zikrullah dan zikrulmaut... Sejurus selepas sama-sama menarikan rentak poco-poco yang diajarkan oleh uhktiku, Ummu, kami bergegas ke deretan kedai makan yang berdekatan untuk bersarapan.

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku, Kak Pia datang mendekatiku... "Fateha, kita makan makanan semalam sahaja ek.. sisters Malaysia makan yang itu sahaja.. Naziah dah panaskan tadi"

Aku mengangguk setuju. Aku sedar yang kami perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Bukan semua orang yang buat da'wah ini bergaji besar. Tambahan pula student macam kami..hmmm... Tapi aku redha. Sebab da'wah telah mengajar ku untuk tidak bermanja-manja. Kesusahan dan kesukaran adalah tarbiah dalam mempelajari erti sebenar kehidupan. Tanpa teragak-agak, tanganku terus mengambil bekas polisterine yang mengandungi nasi goreng cina. "Kita share je lah Aesya" ujarku pada Aesya, bimbang sahaja aku akan kalah waktu menghabiskan nasi itu. "Biar berjemaah kalau makan pun...hee..." desus hati kecilku.

Saat itu, kelihatan Nasyitah dan Mie bergegas untuk turut mengambil makanan didalam polisterine, sama seperti kami. "Eh, antunna gi order makanan panas, ini untuk akhawat Malaysia..." Salah seorang dari kami melarang mereka kerana tetamu perlu didahulukan, mereka yang datang jauh dari Brunei perlu diberi layanan yang istimewa, takkan nak makan makanan semalam.

Aku melihat dari jauh.. dan aku dapati Mie dan Nasyitah, masing-masing berkeras untuk mengambil makanan itu. "Ah, degil betul mereka itu...bagus jadi da'ie..." Dalam hati kecilku kagum melihat mereka. Ternyata pada mereka kita sama sahaja. Tiada bezanya kami dari Malaysia, dan mereka dari Brunei. Ternyata mereka mahu sama-sama susah dan senang tak kira masa.

Kedua-dua mereka mengambil tempat bersebelahan dengan mejaku. Aku ingin sekali mengajak mereka makan bersama, tapi kecewa kerana mejaku sudah diduduki oleh sisters yang lain. Aku lihat Mie dan Nasyitah, kedua-duanya tekun memakan makanan yang diambil itu.

Tiba-tiba, hujan mula turun renyai-renyai. Lantas aku teringat saat Cik Nah bercerita tentang hidayah Allah yang sama seperti hujan. "Aesya, kamu tahu tak yang hidayah Allah itu umpama hujan?" Kucuba menarik perhatian Aesya, walaupun sebenarnya aku lebih menujukan kata-kataku pada Nasyitah dan Mie. Dan adab dalam bersahabat, walaupun sudah berbuih mulutku bercerita sebelum itu, Aesya tetap mendengar setiap butir bicaraku.

"Hidayah Allah itu umpama hujan... kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu. Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia... terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya... dan Aesya, bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah, itulah permulaan hidayahNya"

Dalam hati, aku berdoa agar sepasang telinga dibelakangku, milik Nasyitah mendengar ceritaku. Dan aku tahu dia mendengar. Curi-curi dengar. Malu pastinya...tapi memang kepada dia aku tujukan cerita itu... kerana dari raut wajahnya, aku tahu dia juga mencari Allah... aku tahu, kami sama - sama dalam pencarian untuk mendamba hidayahNya...

Tiga minggu telah berlalu. Masih terasa hangatnya darah sahabat – sahabat yang mengalir. Masih terasa rindu pada Ankabut, pada pantai Batu Burok yang menyaksikan poco – poco kami, pada Pulau Duyong dan susuk tubuh tua yang setia menanti kami walau kami kelewatan kerana ber‘poco – poco’, pada nasi dagang kegemaran sahabat – sahabat Brunei, pada muzium Terengganu, pada kilauan Masjid Kristal dan replika masjid – masjid dari seluruh dunia, pada Pasar Payang, pada bot tambang, pada rumah homestay yang menyimpan memori gelak – tawa dan sendu – tangis kami... terlalu rindu pada semua yang ada bersama – sama ketika itu.

Kini, tiada lagi Ankabut untuk mengusung kami, darah luka sudah pun kering menjadi parut, sahabat Brunei juga sudah pulang dengan selamat. Nasyitah dan Azima pulang dua minggu lewat dari yang lain, dan kami di Malaysia terus bekerja dan mengejar ilmu. Bukan seperti biasa, insyaAllah lebih hebat dari sebelum ini.

Masih basah dalam ingatan saat Nasyitah mulai sembuh dari pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya akibat dari kemalangan itu. Aku dan Azima mengambil keputusan untuk terus menemani Nasyitah di hospital. Setiap hari aku tekun menjadi pengutus berita buat sahabat Malaysia, dan Azima untuk sahabat Brunei. Dari HDW ke ICU, kemudian ke wad biasa, dan ke HDW kembali, hingga dia keluar. Dan kalian, jauh atau dekat, tidak putus – putus menghantar bantuan dan sokongan, material dan juga gugusan doa. Hanya Allah saja yang mampu membalas semua kebaikan itu.

Nasyitah sememangnya sembuh dengan cepatnya. Ada beberapa siri dia tersedar dan menyebut kalimah “Allahhu Akbar”. Ada masanya juga dia menyebut, “Allah bersamaku” walaupun pada saat itu matanya terpejam erat. Aku dan Azima terhibur, dan dalam masa yang sama terasa terdidik. Kami mula mengenali keluarga Nasyitah yang datang dari Brunei. Mereka amat tabah dan sabar menanti Nasyitah pulih kembali.

Sarapan terakhir bersama Nasyitah, ku kira memberi pengajaran yang amat dalam dan berharga. Dia sudah mula pulih, dan bergerak, dan bercakap, dan duduk, dan berjalan, dan makan, dan ketawa seperti mana dia yang ku kenali dahulu. “Siapa yang pertama sekali Nasyitah nak jumpa sesampai di Brunei?” soalku menduga kerinduan hatinya. Maklum saja, ibunya tidak dapat berada di sisinya saat itu. Namun, yang terbit dari bibir mugil Nasyitah adalah, “Allah.” Dan jawapannya itu membuatkan hatiku bergetar. Terima kasih sahabat. Mengenalimu yang bernama Nasyitah Amal Bazilah, mengajarku erti semangat yang kuat. Kenangan ini adalah hadiah hari jadi terbaik untukku, juga pengalaman peribadi tersendiri untuk semua yang bersama ketika itu. Jaulah yang terlalu banyak pengajarannya. Terasa seperti kami ditarbiah, tanpa henti...

Dan kemudian, kami terpisah atas sempadan geografi, juga atas perbezaan nasionaliti. Kami terpisah pada jasadnya, namun pada hakikat, ruh kami menyatu. Kami berkasih sayang tanpa halangan, kerana ukhuwah kami ada dihati. Kami merindu, namun sentiasa tenang, kerana yakin kami akan sentiasa bertemu, dalam doa – doa kami.


Syukur pada Allah S.W.T untuk nikmat islam, eeman, da'wah dan tarbiah ini...

Jazakumullahukhairan katheera untuk ikhawah akhwat seluruhnya...Malaysia; Terengganu, Kuantan, Kuala Lumpur, Brunei, dan UK atas ukhwah indah ini....

Jazakillahukhairan katheera untuk Ymtuan atas idea, kreativiti dan kasih buat karya ini...

Semoga kita terus tsabat. Terus teguh untuk berada di jalan ini.