Monday, December 15, 2008

erti hidup adalah untuk memberi...

lama sudah tidak diupdate entri baru disini... rindu untuk berkongsi... tapi apakan daya... kerana tidak berkesempatan....

teringat soalan kakak suatu ketika dahulu.

apa itu ukhuwah?

"ukhuwah itu ikatan..."

"ukhuwah itu kasih sayang..."

"ukhuwah itu persaudaraan..."

seorang demi seorang mencuba pandangan.

"akak tak mahu jawapan skema. itu semua jawapan skema"

semua terkesima.

"bile kita rasa inginkan bantuan, dia sedia menghulurkan"

"bile kita keseorangan, dia temankan. itulah ukhuwah"

siapa lagi mahu cuba?

"ukhuwah itu bila kita saling melengkapi"

seorang demi seorang mencuba lagi.

"ha... sikit lagi. 80 peratus betul. cuba lagi." kata kakak.

"ukhuwah itu pengorbanan"

"ya!!! betul pun...."

semua tersenyum.

Ye... itu lah ukhuwah. ukhuwah adalah pengorbanan. ukhuwah itu tidak hanya kita berkenal-kenalan. ukhuwah itu tidak hanya berkongsi cerita. tidak hanya bertanya khabar setiap hari.

Ramai orang pelik mengapa orang sanggup berkorban. si utara sibuk ke selatan kerana melawat ukhtinya di sana yang kekeringan. mengapa? itulah ukhuwah. suatu pengorbanan.

Mengapa org sanggup bersusah payah kerana dia? itulah ukhuwah. tidak kenal erti penat atau jemu. tidak kenal erti susah. gembiranya ukhti kita bererti kita gembira. susahnya mereka bererti kita juga susah.

Erti hidup adalah untuk memberi. tadi berkongsi cerita dengan teman-teman. ye. segala apa yg Allah sediakan, bukan hanya untuk kita gunakan sendiri. malah untuk dikongsi bersama. malahan walau kita hanya tahu sedikit cuma, tapi perlu dikongsi bersama orang lain. bukan sendiri.


wallahua'lam...