Thursday, December 10, 2009

Fi zilal tarbiyyah

Alhamdulillah, puji dan syukur hanya kepada Allah, yang telah memanjangkan usia ku, dan membawa ku menjejakkan kaki ke bumi tempat ku belajar, agar aku dapat merasai indahnya hidup di bawah bayangan tarbiyyah.

Hidup di bawah bayangan tarbiyyah merupakan hidup yang cukup bermakna, di mana setiap saat hela nafasku itu bukan sia-sia, hidup yang matlamatnya telah jelas, tanpa ragu dan tanpa berpaling ke belakang lagi.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku dibawa mengenal kembali Tuhanku. Tuhan yang penuh dengan kasih dan cinta kepada hamba-hamba- Nya. Tuhan yang menjadikan setiap sesuatu di langit dan bumi ini hanya untuk kegunaan hamba-hamba- Nya. Tuhan yang telah menjanjikan balasan yang terbaik hanya untuk hamba-hamba- Nya yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Tuhan yang menyediakan syurga terindah, hanya untuk hamba-hamba- Nya yang beriman dan yakin kepada-Nya.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menginsafi pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sangat bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah ini, walaupun diancam bahaya. Baginda tidak pernah mengenal erti kalah dalam menyampaikan risalah ini, yang telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada kita bagaimana untuk meniti jalan dakwah ini. Baginda yang sangat indah budi pekertinya dan tinggi kecintaan terhadap umatnya.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku mendapat semangat baru dari pengorbanan para sahabat dan tabiin. Kesungguhan mereka untuk menghulurkan baton risalah ini sehingga Islam dapat kita kecap walaupun terletak jauh dari tanah Arab. Mereka tidak jemu meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, sehingga Islam mampu tersebar hingga ke Eropah (tempat aku sempat belajar). Hidup mereka telah diwakafkan sepenuhnya untuk menyampaikan dakwah, walau terpaksa meninggalkan tanah kecintaan di Mekah dan di Madinah.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku mengerti, bahawa matlamat hidupku tidak terbatas kepada cita-cita dunia. Terbatas hanya kepada kejayaan meraih ijazah dan kemudian mendapat pekerjaan, kemudian berkahwin dan mendapat anak. Setelah itu melihat anak-anak membesar sambil menunggu untuk naik pangkat, lalu beberapa tahun kemudian menanti pencen dan menunggu ajal…!

Matlamat hidup ini sebenarnya lebih besar dari itu, lebih besar dari batas usia yang diberikan kepadaku. Matlamat hidup yang diwariskan sejak Nabi Adam lagi, sehinggalah ke hari ini, yakni hidup mengimani kalimah, ‘Tiada Tuhan selain Allah.’ Hidup yang berpusat untuk mencari keredhaan Allah, mengikut sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Hidup yang berputar di sekitar membawa manusia lain mengikut jalan yang menjanjikan kebahagiaan yang hakiki. Jalan menuju syurga abadi.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah, dan aku melihat, betapa besarnya potensi setiap manusia itu jika digunakan sepenuhnya untuk Islam. Sememangnya setiap manusia itu telah Allah jadikan dengan keistimewaan dan bakat masing-masing, terserah kepada diri sendiri ke mana hendak disalurkan, ke mana hendak dicurahkan. Alangkah ruginya jika potensi ini disia-siakan untuk cita-cita dunia yang hanya sementara! Alangkahnya sayangnya jika potensi ini dibiarkan dorman, tidak diserlahkan untuk kebaikan umat! Alangkah malangnya jika potensi ini disalahgunakan untuk membawa panji-panji syaitan!

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menyedari tanggungjawab yang tersedia untuk aku pikul demi membantu umat ini. Aku sedar aku punya bahagian yang mampu aku sumbangkan, dalam kapasiti dan situasiku, yang pastinya tidak tetap dan akan berubah-ubah. Pasti waktu belajar tidak serupa seperti waktu bekerja. Waktu bujang tidak akan sama seperti waktu berumahtangga. Waktu berdua tidak akan sama seperti waktu sudah beranak lapan. Keadaan akan berubah, tetapi matlamat tidak akan pernah berubah. Tanggungjawab menyampaikan risalah ini harus tetap diteruskan, walaupun dari rumah!

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku dikejutkan dengan kesedaran yang aku perlu menjadi yang terbaik dalam profesionku. Allah menyukai apabila hamba-Nya melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan terbaik. Tidak ada istilah meninggalkan kejayaan dunia untuk meraih akhirat, kerana dunia juga perlu dibajak untuk dipetik hasilnya di akhirat kelak. Aku perlu menjadi yang terbaik kerana seorang Muslim itu seharusnya menjadi contoh dan imam kepada ummah.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku dididik untuk melihat manusia dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Terutama sekali kepada kedua orang tuaku, yang telah mendidik dan memeliharaku sejak kecil.. Yang telah bertungkus lumus membesarkan aku, memastikan cukup segala keperluanku. Ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Bapa yang bersusah payah mencari rezeki untuk menampung keperluan keluargaku.

Aku juga dididik untuk melihat setiap manusia di sekelilingku sebagai potensi mad’u yang harus dikasihi dan disentuh dengan cahaya Islam. Kita merupakan daie, bukan penghukum. Jadi setiap interaksi kita harus disulami dengan hikmah, agar dapat menjinakkan hati untuk mengenali dan mendekatkan diri kepada Allah.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku melihat keindahan ukhuwwah yang dibina semata-mata kerana Allah. Setiap muslim itu bersaudara, dan Allah menjadikan perbezaan antara kita sebahagian daripada rahmat-Nya. Dijadikan kita berbeza agar kita mengenali antara satu sama lain, agar kita berpesan-pesan dalam kebaikan dan kesabaran. Ukhuwwah adalah salah satu sisi kekuatan kita. Tanpa ukhuwwah, siapalah kita?

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku merasai kepayahan meninggalkan jahiliyyah yang barangkali sudah lama sebati dalam diri sebelum benar-benar mengenali Islam. Memang kita takkan mampu menjadi sempurna, walau seribu tahun pun kita di jalan ini. Tetapi tarbiyyah itu satu proses, yang perlu pada istiqamah dan kesungguhan, juga keikhlasan. Selangkah demi selangkah kita memperbaiki diri, walau jatuh, kita harus bangun kembali.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menyedari bukan mudah untuk mengemudi sekumpulan manusia yang sama-sama ingin melihat Islam kembali di tempatnya, yakni sebagai cara hidup yang sepatutnya. Pergeseran sesama ahli dalam suatu jemaah itu memang tidak dapat dielakkan, kerana latar belakang, pengalaman dan personaliti yang mungkin jauh bertentangan. Namun kefahaman dan keikhlasan yang benar menjadi penyuluh jalan keluar dari sebarang persengketaan, sebagai ubat merawat luka sepanjang perjalanan. Kerana matlamat kita masih jauh, dan kerja kita lebih banyak dari masa yang diperuntukkan.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menyedari bukan mudah untuk terus istiqamah di atas jalan ini. Pelbagai fitnah akan sering menghujani, setiap masa syaitan dan konco-konconya takkan berhenti meracuni. Fitnah yang kadangkala begitu halus, langsung tidak disedari, membawa kepada perpecahan amal jama’ie. Sejarah dahulu sudah lama membuktikan, jalan ini takkan sunyi dari pelbagai fitan!

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku berharap agar terus tsabat di jalan ini. Kerana di sini tempat kutemui diriku, cintaku, matlamat teragungku. Di sini langkahku telah bermula, dan semoga di sini juga langkahku akan berakhir. Semoga aku dan cintaku akan terus di sini, berhimpun bersama-sama mereka yang telah hadir sebelumku. Di bawah bayangan tarbiyyah ini…
Uhibbukum fillah....

coretan seorang akhawat setelah 6 tahun di luar negara dipetik dari muntalaq.wordpress

Wednesday, November 11, 2009

Ukhti… berehat kat syurga nanti... Insyaallah

Suatu malam ketika baru tiba di rumah…
“Alhamdulillah dah sampai… boleh la rilek2 lepas nh…” detik kata hatiku… (dengan perasaan yang sangat gumbira)… setelah seharian ke sana ke mari…

Tiba2, datang seorang kakak… “enti ade plan nak buat ape2 tak malam nh..”

Jawab hatiku… “Aish… kakak nh macam ade ‘makna’ je soalannye itu…”

Aku menjawab… “em… takde pape kak.. nape?”… (dengan muke yang penuh berseri2… - walaupun hati ade prasangka yang sangat hebat pada kakak itu... he2…)

“Boleh tolong drivekan akak ke Pudu tak… tolong antakan adik…” kata kakak itu…

“Hakdush… baru rasa nak rilek2 kejap…. Bukan slalu dapat gini…” kata hatiku seolah2 merasakan ajakan kakak itu adalah satu ajakan yang tak best….

Tibe2… teringat aku dengan satu kisah…

Al kisah bermule…


* * * * *

Pernah dengar nama Jaafar bin Abi Talib? Siapakah die…? Die adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang juge salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga untuknye… Hijrah nya ke Habsyah ketika dakwah Rasulullah s.a.w baru beberapa tahun di Mekah.. Tatkala umat Islam sedang dahsyat diseksa oleh kafir Quraish…

Rombongan ke Habsyah diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib selamat tibe di Habsyah… Akan tetapi, tidak lama selepas itu… pihak Quraisy mengutuskan Amru bin Al-As dan Abdullah bin Abi Rubai'ah menemui Raja Najasyi dengan membawa hadiah kepadanya dan kepada paderi-paderinya supaya Raja Najasyi menyerahkan kembali muhajirin dari kalangan umat Islam.

Setelah beberapa ketika dialog di antara Raja Najasyi, Jaafar bin Abi Talib, dan Amru bin Al-As berlangsung… Akhirnya Raja Najasyi mula tertarik dengan hujah Jaafar bin Abi Talib.

Kata-kata Jaafar bin Abi Talib ini banyak memberi kesan kepada Raja Najasyi, lalu beliau berkata: “Adakah kamu memiliki sesuatu yang di bawa oleh nabi kamu daripada Allah?” Jaafar berkata: “Ada.” Najasyi berkata: “Bacalah kepadaku”. Lalu Jaafar membaca kepadanya Surah Al-Maryam, Ayat: 1-4.


Lalu Raja Najasyi menangis sehingga basah jambangnya dengan air mata, begitu juga dengan paderinya sehingga basah kitab suci mereka ketika mendengar ayat-ayat Allah itu. Di sini Raja Najasyi berkata kepada Jaafar bin Abi Talib:

“Sesungguhnya apa yang di bawa oleh nabi kamu dan apa yang di bawa oleh nabi Isa adalah semata-mata untuk mengeluarkan umat manusia dari satu ceruk.” Kemudian beliau berpaling kepada Amru dan Abdullah serta berkata kepada mereka berdua: “Pulanglah, demi Allah tiada keselamatan bagi kamu berdua buat selama-lamanya.”

Amru dan Abdullah keluar dengan hati yang penuh sangat sedih dan cukup kecewa, sedangkan rombongan Jaafar bin Abi Talib tetap berada di sisi Najasyi mendapat perlindungan dan menjadi jiran yang dihormati.

Kemudian Jaafar bersama para sahabatnya meninggalkan Habsyah dan kembali ke Madinah pada tahun ke tujuh Hijrah selepas Rasulullah s.a.w pulang dari Khaibar dan selepas peristiwa pembukaan Kota Mekah.

* * * * *

Semasa peperangan Khaibar Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya tiba dari hijrah mereka ke Habsyah.

Ketibaan Jaafar telah disambut oleh Rasulullah dan Baginda mengucupinya seterusnya Baginda bersabda:

"Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, Apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"

Khaibar = Penghujung bulan Safar atau di bulan Rabiul Awwal tahun ke tujuh (7) Hijrah
Muktah = Jamadilawal di tahun kelapan (8) Hijrah

Betapa gembiranya hati Rasulullah s.a.w dengan kepulangan Jaafar… Namun, tidak lama selepas Khaibar, Muktah pula menyeru…

Bayangkan jika kita di tempat Jaafar bin Abi Talib, pastinya banyak alasan2 dan perasaan2 untuk berehat seketika dan berbual2 dengan Rasulullah – maklumlah, sangat lama tidak bertemu! Sejak dari Rasulullah dan para sahabat di Mekah – dalam keadaan umat Islam ketika itu perit diseksa… sehinggalah umat Islam dihadiahkan dengan Madinah bahkan, Mekah berjaya ditakluk semula oleh umat Islam.. dan telah berada di bawah kekuasaan Islam. Sangat lama!

Tetapi, Rasullullah s.a.w terus memerintahkan Jaafar bin Abi Talib untuk ikut sama ke Perang Muktah…

Di hari peristiwa Mu'tah itu Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat melalui wahyu yang turun kepada Baginda, sebelum beritanya dibawa orang dari medan perang.

Sabdanya yang bermaksud: Bendera dibawa oleh Zaid, beliau jatuh kemudian ianya diambil oleh Jaafar bin Abi Talib dan beliau jatuh lantas diambil oleh Abdullah bin Rawahah, Abdullah bin Rawahah pun gugur, di masa itu Rasulullah berlenang air mata hinggalah bendera Islam dicapai oleh Pedang Allah maka dengannya pembukaan pun selamat terlaksana.

Rasullullah seakan tahu Jaafar akan syahid di medan Muktah…
Dan akhirnya ia benar2 berlaku…. Jaafar bin Abi Talib syahid di Muktah! Syahidnya menuju cinta-Nya…

* * * * *

“Enti… cane nh… nak temankan akak tak… Kalo tak larat, tak pela…” persoalan kakak itu mengejutkan aku dari lamunan Muktah…

“Oh… boleh2 aje akak… bisa2 aja…” tersedar aku dari perasaan ingin berehat2…
Astaghfirullah... Kite selalu ade perasaan nak berehat lebihkan?

“Penat balik dari kerja… selalu terdetik kat hati… tak payahla g liqa”… lalu hanyutlah kite dengan perasaan bersenang-senangan itu…

“Penat la study… baru abes exam neh… nak balik kampong la… rehat2… “ lalu tertinggallah daurah dan pengisian2 yang amat bermakna buat bekalan kita…

“Takpe2… berehat kat syurga nanti…” teringat aku dengan kata2 seorang ukhti yang jauh di bumi Kiwi…

“Ya Allah… bersyukur aku kepada-Mu kerana seringkali Kau kejutkan aku dari lamunan… dari perasaan2 yang tidak sepatutnye…

“Ya Allah… lindungilah aku dari al-khannas… yang datang ketika diri alpa dari mengingati-Mu tetapi lari tatkala ingatan pada-Mu hadir kembali….

P/s:

Asimen untuk semua pembaca: Banyak sangat yang kite tak tahu kan? ~ Jom kite same2 cari detailsnye... :)

1. Siapakah Jaafar bin Abi Talib?
2. Kisah Hijrah ke Habsyah
3. Kisah Perang Khaibar
4. Kisah Perang Muktah

Wallahua'lam...

Tuesday, June 2, 2009

Sepertiga malam...

Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.

Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”

Ustaz Umar menjawab:

“Belum.”

Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.

Akhirnya, akh umar berkata dalam hati: “Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”

Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur. Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.

Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah, Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil, ayat 20:

“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Selain itu, qiamullail, bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:

“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”

Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Insya Allah.

Bola Oh Bola…



Kerana sebiji bola peminat-peminatnya sanggup bangun dan berjaga di awal pagi dengan begitu bersemangat sekali,namun untuk Allah adakah kita sanggup korbankan masa nikmat tidur itu untuk bangun berjaga serta bersolat malam dan memohon keampunan dari Allah SWT..? Semoga kita tidak tergolong dari golongan umat Islam yang leka dan cuai…

Wednesday, May 27, 2009

Sebenarnya dia...

Telah dicatatkan di dalam kitab sirah tentang seorang lelaki pada zaman Rasulullah s.a.w yang bernama Qotzman, dia adalah seorang yang memiliki kegagahan dan keberanian. Tetapi apa bila disebutkan namanya kepada Rasulullah s.a.w, Baginda akan bersabda ” Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.“. Mengapa begitu?

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri.
Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.

Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

Peristiwa tersebut telah memberi pengajaran bahawa sekiranya dlm melakukan sesuatu pekerjaan, usaha atau pengorbanan, jika tidak disandarkan kepada jalan Allah s.w.t. , akhirnya pengakhiran kita mungkin seperti pengakhiran Qotzman yang berperang bukan kerana Allah . Kejernihan, ketulusan niat harus dituju kepada Allah semata-mata apatah lagi disaat agama telah terdistorsi kepada kepentingan peribadi, kelompok atau golongan.Oleh itu, marilah sama-sama perbaharui dan perbetulkan niat sebelum melakukan sesuatu amal atau perkara

Wallahua'lam...

Friday, May 22, 2009

Ukhuwwahku kepadamu hanya kerana DIA

Salam... Akhawat yang dikasihi dan dicintai kerana Allah...

Nak share satu hadith... Riwayat Muslim... saye sgt suke....

"Abu Hurairah berkata: Sabda Nabi s.a.w; ada seorang berziarah temannya di dusunnya, maka Allah menyruh seorang malaikat menahannya di tengah jalan. Dan ketika bertemu, malaikat bertanya: "Engkau hendak kemana?" Maka dijawab oleh orang itu "saya hendak berziarah seorang teman kerana Allah, di dusun itu. Kemudian Malaikat bertanya lagi; "Apakah engkau merasa terhutang budi padanya atau ingin membalas budi baiknya?"

Maka orang itu menjawab: "tidak, hanya semata-mata kerana saya sesungguhnya mengasihi orang itu kerana Allah. Kemudian Malaikat menyatakan "Aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah kasih kepadamu sebagaimana kamu kasih kepada kawanmu itu kerana Allah."
H.R Muslim


Wah...!! Subhanallah....

Thursday, May 14, 2009

Kisah Umar (Siri 1)

Alhamdulilah, Allah izinkan saya untuk menghayati perjuangan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang digelar al-Faruq (penegak kebenaran) melalui Novel Sejarah Islam ‘Umar Al-Khattab’ Reformis Dunia Islam... Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit ye kisah Umar ini... Saya ambil part2 yang menyentuh hati saya ye... :D

Sudah menjadi pegangan orang-orang Quraish membunuh anak-anak mereka tatkala bayi itu baru dilahirkan. Tapi lebih kejamnya umar pada ketika itu, sebelum sinar Islam itu menyimbahi hatinya, maka ditanamnya anak perempuannya hidup-hidup ketika anak kecil itu sudah mula pandai berjalan. Sudah mengenal ayah dan bondanya. Ketika itu, Umar dan isterinya sudah sayang pada anak perempuan mereka yang comel itu. Tetapi apabila kejahilan mengatasi segalanya, maka anak kecil yang disayanginya itu pun sanggup dibunuhnya. Mari saya ceritakan kisahnya:

Saat Allah berfirman dalam ayat 17 :31, Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.semakin bersemarak orang-orang Quraish untuk menentang seruan Muhammad s.a.w.

Umar Al-Khattab terus pulang ke rumah lalu berkata kepada isterinya, “ucapkan selamat tinggal kepada anak perempuan kita kerana aku mahu menguburkannya”

Umar terus mengheret anak perempuannya itu, lalu di bawanya ke padang pasir. Ketika umar menggali lubang, debu-debu pasir terkena pada jubahnya. Anak perempuan itu datang lalu menyapu debu-debu yang terkena pada baju ayahnya.

Apabila lubang itu siap digali, Umar berehat seketika bagi melepaskan penat. Anak perempuannya datang lalu menyapu janggut ayahnya. Terdetik juga rasa kasihan di hati Umar kepada anak perempuannya yang comel itu. Tapi ego serta kejahilan lebih menguasai dirinya. Lalu Umar terus mengangkat anak perempuannya lalu dihumbankan ke dalam lubang yang baru digalinya itu tanpa belas kasihan dan menimbus lubang tu dengan pasir.

Begitulah Umar ketika masih dalam kejahilan.

Kisah Umar akan disambung kemudian...

Friday, April 10, 2009

tesis...

Salam...

Lama sudah tidak menulis... tahun akhir di sini saya banyak disibukkan dengan penulisan tesis. Memang menyibukkan hidup. Tapi harus selalu diingat, itu bukanlah satu-satunya perkara yang kita harus fikirkan dan bebankan dalam hidup ini. Memang sukar. Banyak masa kita diisi untuk itu sahaja. Tapi jangan jadi orang yang rugi. Jangan hanya fikir itu sahaja. Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan jadual hidup seorang muslim. Peringatan untuk diri yang mudah lupa ini.

Fikiran berselirat dengan tesis. hu2. Saya tinggalkan ia sebantar, mencari raheeq makhtum. Tenang rasa hati. :D Bahagia rasa jiwa. Baru saya tahu tajuk Raheeq Makhtum diambil dari Surah Al-Mutaffifin ayat yang ke 25. Maksudnya "Dan diberi minum dari khamar(arak) yang tidak memabukkan"... Mengapa ye? Nanti saya cari jawapannya.

Mahu keluar dahulu. Mahu baca tentang cerita perang hunain. Nanti saya cerita lagi.

Ini jalanku... Ya Allah... tetapkan kami pada jalanMu ini....

Sunday, February 1, 2009

Demi Matahari.....

Salam... hari ini kita akan bertadabbur surah as-Syams...

Firman Allah:

[1]
Demi matahari dan cahaya pagi yang terang-benderang;
[2]
Dan demi bulan yang mengiringinya;
[3]
Dan demi siang ketika ia menampakkanyya dengan jelas;
[4]
Dan demi malam ketika ia melindunginya,
[5]
Dan demi demi langit dan pembinaannya yang rapi;
[6]
Dan demi bumi dan penghamparannya yang terbentang luas;
[7]
Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna;
[8]
Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya;
[9]
Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.
[10]
Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.
[11]
Kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) kerana sikap mereka yang melampaui batas;
[12]
Ketika seorang yang paling jahat di antara mereka tampil tergese-gesa (untuk membunuh unta mukjizat),
[13]
Lalu Rasul Allah (Nabi Soleh) berkata kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta Allah dan minumannya,
[14]
Tetapi mereka mendustakannya, lalu mereka menyembelihkan unta itu, maka Allah pun murka dan menimpakan ke atas mereka azab yang amat dahsyat dengan sebab dosa mereka dan meratakannya ke atas seluruh mereka,
[15]
Dan Allah tidak bimbang kepada akibatnya.
(As-Syams, 91:1-15)

Semalam sempat YM dgn enul, sembang2 pasal ayat 8... Ni akak stat cite dari awal.. Moga kita sama2 mendapat manfaat darinya.... Insyaallah...

Perkataan "demi" sebenarnya merujuk kepada sumpah Allah (qasam). Kenapa kita bersumpah? Selalunya kita bersumpah bila kita sungguh2 nak nyatakan sesuatu.... Kan kita biasa dengar... "sumpah saya tak tipu..!!" Kita gunakan perkataan sumpah untuk mentauqidkan sesuatu yang sangat penting... Dan dalam surah ni, Allah mulakan dengan sumpah, sebab lepas ni DIA nak bagitahu sesuatu yang sangat2 penting... ape die?

Ayat 1-6 Allah sebut ciptaan2 NYA yang sangat besar dan hebat!! Matahari & bulan, siang & malam, langit & bumi... dan ciptaan tu, disebabkan sangat besar dan hebat, takde siapa yang dapat kawal kecuali Allah... Dan ayat-ayat ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan ayat seterusnya (ayat 7) iaitu mengenai jiwa manusia (nafs). Pada dasarnya memang kita nampak kita boleh kawal diri kita, tapi hakikatnya, bila kita fikir2, nafsu tu sangat besar dan sangat susahpun untuk dikawal oleh kita sendiri... Susah kan kita nak kawal diri kita? Sebagai contoh,
sekarang kan dah mula musim banyak asimen. Pada adik2 Inter, asimen Dr Sana dah 2 kan!!! xpe, berusaha semua!!... kita dah tahu kalau kita byk sangat YM, nanti tak sempat buat assignment... Tapi kita tetap nak YM jugak.. hu2... betul tak? Itulah yang dikatakan besarnya jiwa tu, dan sangat susah nak kawal.... :) Contoh lain, kalau banyak belanja, nanti hujung sem dah takde duit... tapi nak belanja lebih2 jugak :) Wah, susahnye nak kawal nafsu...

Seterusnya ayat 8-10 umpama soalan bocor dari Allah.... soalan bocor, macamana tu??? Ayat 8, Allah sudah memberitahu Dia telah berikan 2 jalan iaitu jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan, manakala ayat 9 dan 10, Allah sudah berikan jawapan iaitu "beruntunglah orang yang menyucikannya dan merugilah orang2 yang mengotorinya.... " kire beruntung org yang pilih jalan taqwa, dan beruntung org yang pilih jalan yang sebaliknya...

Nah! jawapan free sudahpun diberikan oleh Allah, adakah kita masih lagi nak memilih jalan kejahatan?

Wallahua'lam... :)


Friday, January 30, 2009

:: Spirit Baru ::

Salam... seronok baca kisah seorang mak cik ni...

Syahadatul Haq

Bismillah

Alhamdulillah. .Alhamdulillah. .Alhamdulillah

New spirit..new person..new ummah!

Dia izinkan mereka untuk mendapat ketukan daripada syahadatul haq. Turning pt kedua dalam hidup ku jua diperolehi selepas daripada itu. Ada yang gembira. Ada yang bersemangat. Ada yang sangat2 bersyukur kerana Allah memilihnya untuk mengetahui hakikat ini. Ya, pada aku mereka tampak yakin untuk telusuri jalan-jalan yang pernah dilalui para anbiya' dan sahabat suatu ketika dahulu. Mereka kini faham peranan khalifah di muka bumi itu seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30.

Tapi, ada juga yang takut. Rasa sangat terbeban dengan tanggungjawab yang sangat berat ini. Tanggungjawab untuk menyedarkan manusia tentang keindahan dan kehebatan Islam. Tanggungjawab untuk membawa kembali umat-umat Islam yang sudah lari jauh daripada jalan yang lurus.

Bukan kerana tak percaya dengan jalan ini. Bukan kerana tak yakin dengan janjiNya.

"Kalau boleh saya memang nak sangat bersama-sama untuk menyampaikan Islam kak, tapi..."

Kerana katanya dia tak layak. Banyak lagi karat-karat jahiliyyah yang dia rasa tak mampu untuk kikis dan tanggalkan. Imannya masih tak mantap. Rasa berat sangat. Takut pun ada. Tapi dia tahu ini jalan yang dia mahu lalui. Dia terus mengeluh sambil menceritakan jahiliyyah2 nya dahulu.

"How i wish i didn't do this. I wish i didn't do that...Kalau saya tak buat semua2 tue mesti senang aje sekarang nie kak. At first I was happy and ok. Tapi masa naik train tue, banyak sgt benda yang dipikirkan. Banyak doubt dan was-was. I know I shouldnt be thinking that way. Ni mesti syaitan nie..."


"Saya tak tahu saya boleh ke tak. Diri saya pun terumbang-ambing. ..."

Mereka sangat gembira dan bersyukur kerana dipilih olehNya di berikan kefahaman ini. Sungguh-sungguh mahu memberitahu manusia lain tentang kemanisan Iman dan Islam ini, tapi seperti ada sesuatu yang menghalang dan membantutkan langkah mereka....

Adik,

Memang tanggungjawab ini tak mudahkan. Kalau tak masakan Rasulullah pulang kepada Khadijah dalam keadaan seram dan menggeletar selepas menerima wahyu melalui Jibrail di gua Hira'? Dipeluknya erat-erat sehingga sesak nafas baginda. Cuba kita lihat firman Allah dalam surah Muzammil ayat 5;

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu"

Ya, inilah yang nak disampaikan kepada manusia. Ayat-ayat suci Allah. Al-Quran yang mana hancur luluhlah gunung-ganang apabila Allah berikan kalamNya padanya. Tapi hanya manusia yang mampu dan sanggup untuk terima tanggungjawab ini. Kalam Allah yang agung lagi berat tapi telah mengubah sahabat-sahabat menjadi umat yang terhebat!

Adik, takkan kita nak tunggu iman kita mantap baru kita nak seru manusia kepadaNya. Bilakah masanya? Apakah awak pasti waktu itu akan tiba? Sememangnya tak akan ada kerana iman manusia tak sempurna dan takkan sempurna. Iman yazid wa yankus (iman naik dan turun)

Ingat analogi monyet? Kalau tiada angin kencang yang meniup, masakan monyet nak berpaut erat pada pokok? Macam itu juga dengan iman kita. Kita akan berpegang teguh padanya apabila ia di uji. Bila kita tahu kita perlu menyedarkan manusia tentang Islam sebenar, kitalah pertama-pertama akan berusaha menanamkan iman yang mantap dalam jiwa kita. Agar kita dapat berpegang teguh padanya bila ujianNya datang.

Tipu kalau akak katakan dulu tiada perasaan takut dan rasa tak mampu. Walaupun kini, perasaan itu tetap ada. Musuh kita paling utama peka bukan? Melihat semangat dan kesedaran kita, terus dicucuk kan perasaan was-was dan ragu-ragu itu. Bisikan-bisikan bisa itu sedang bermaharaja lela dalam hati kita.

"Eleh kau pon tak settle lagi, nak ubah manusia lain konon. Sedar tak jahiliyyah kau tue bertepek lagi, macam mane nak berubah? Tak payah lah nak buang masa!"


Jangan pedulikan semua itu. Sedarlah, bisikan-bisikan ini boleh jadi daripada jin dan juga manusia.

"..yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia" (An-Nas:5-6)

Pastikan kita tetapkan matlamat dan lihat ke hadapan. Terus maju dan jangan undur ke belakang. Kalau terasa tak mampu dan teringin untuk berpatah balik, jeritlah. Panggil sesiapa sahaja! Cuba buka mata dan lihat sungguh-sungguh. Awak tidak keseorangan dalam perjalanan ini. Nampak tak? Banyak manusia lain yang juga sedang bersusah payah. Untuk terus istiqamah dan tetap di atas jalan lurus ini. Kita sama-sama akan pastikan semua akan bergerak maju ke hadapan dan tiada siapa yang tercicir.

Janganlah awak cakap tak layak adik. Kalaulah awak tahu zaman dulu akak macam mana.... Penuh kegelapan. Tak nampak cahaya langsung walaupun samar-samar. Tak sangka,walaupun sudah berada di lubuk yang paling dalam, Allah angkat juga keluarkan akak daripada tempat busuk itu.

Jalan menuju Allah ini sangat sukar dan payah. Kita takkan mampu membawa sekali beban-beban dosa yang ada jika kita mahu terus laju dan pacu di atas jalan Allah ini. Kita tiada pilihan. Kita kena cuba tinggalkan jahiliyyah2 itu ya? Jangan bimbang. Kerana rahmat Allah dan tanggungjawab yang berat ini, banyak manusia telah berjaya mengikis karat-karat itu. Kalau tak banyak, sikit. Dan benda ini tak terjadi dalam masa 2-3 bulan. Bahkan bertahun. Jadi, tolong jangan putus asa ya? Allah akan tolong. Tapi ia memerlukan pergorbanan dan mujadah yang tinggi.

Berbahagialah adik, walaupun awak rasa awk tak layak, tapi Allah tetap memilih awk. Sebab Dia tahu apa yang kita tak tahu. Syukur, Alhamdulillah. Dia pilih kita utk diberi hidayah itu dan bukan orang lain. Walaupun akak kesal masa silam akak sarat dengan dosa dan maksiat, tapi Alhamdulillah, kini akak kenal mana yang putih dan mana yang hitam. Akak telah merasai keduanya dan kini akak pasti dan benci untuk kembali kepada masa silam yang busuk itu. Kita takkan rasa nikmat makan kalau kita tak lapar. Dan kita takkan rasa nikmat cahaya kalau kita tak pernah berada dalam kegelapan. Kita takkan merasa dan menghargai nikmat Islam dan Iman kalau kita tak pernah merasai kegelapan dan kejijikan jahiliyyah yang menghimpit dan mencengkam.

Kita ada tanggungjawab untuk tunaikan amanah ini. Itulah cara kita untuk bersyukur kepadaNya setelah Dia berikan kita hidayah ini. Kita kena buat apa termampu. Moga dengan rahmat Allah dan usaha kecil kita dalam nak sebarkan Islam dan kefahaman ini, Allah akan hapuskan dosa-dosa kita yang lalu dan gantikan dengan redha dan pahalaNya.

Semoga dengan semangat dan tanggungjawab ini akan menolak awak untuk lebih berusaha meningkatkan iman dan amal. Bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik dalam apa sahaja yang ingin dilakukan. Ingat ciri2 syabab? Bukan semangat semata tapi juga keimanan yang mantap yang lahir daripada kefahaman. Dekatkan diri dengan Allah. Hanya Allah dapat tolong kita. Cari ilmu untuk kenal Allah lebih dekat, amalkannya dan sampaikan pada manusia lain. Kita usaha sama-sama ya?

Dengan izin Allah....

Friday, January 23, 2009

Brotherhood Arts - New Design!!!




Salam... design terbaru... untuk 2009....

Anda mencari-cari baju labuh untuk muslimah? Tetapi sukar untuk mendapatkannya? Jangan risau... saya boleh membantu anda....

T-shirt Muslimah, design terbaru 2009!

Boleh didapati dalam saiz M,L, XL, XXL, dan 3XL...

RM 38
Proud to Bee a Muslim
Tree of Iman
Modesty
Noble Characters
Aslim Taslam (f)

RM 36
Good Girl Prays to Allah
Islam: Freedom & Peace
Hijab Real Beauty
Muslimah Identity 2
Muslimah Identity

RM 34
The Veil
Hijab for Peace


Juga boleh didapati : ARM SLEEVE -RM 14.90

Dan juga badge dalam pelbagai corak dan warna yang menarik = RM 3






BERMINAT???

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi SYUHAIDA 0136293931

Tempah Segera!!! Sebelum Kehabisan stok!!!

mencari spirit yang hilang

Alhamdulillah
setelah beberapa detik dan ketika...
berjumpa sudah aku dengan pencarian itu...
Pencarian yang amat dicari-cari...
Ya Allah, rindunya aku padaMu...
Diri ini amat kerdil...
Pandanglah daku Ya Allah...
Jangan biarkan diri ini sendirian...


Ah... jangan terlalu banyak bermonolog sendirian. Bersendiri itu ada masanya perlu, tapi kadangkala boleh menjadi bahaya. Carilah Allah.. mohon dan pintalah padaNya agar meniup ketenangan dalam hatimu...

Nikmat apekah yang paling indah selain dari nikmat Islam itu sendiri? Firman Allah, "Pada hari ini telah kusempurnakan untukmu agamamu.." (Al-Maidah: 3)

Indahnya berada dalam nikmat iman.... Ya Allah, kurniakan aku iman dan rasa iman... teringat kata-kata seorang ukhti.... dan kata-kata itu ku ingat sehingga kini...

Bekerjalah kerana iman, bukan kerana semangat. Kerana semangat itu boleh hilang... tapi iman, berdoalah agar ia tetap dalam hati...

Ya Alllah, tsabatkan kami di jalan-Mu ini... Wallahua'lam...