Wednesday, May 27, 2009

Sebenarnya dia...

Telah dicatatkan di dalam kitab sirah tentang seorang lelaki pada zaman Rasulullah s.a.w yang bernama Qotzman, dia adalah seorang yang memiliki kegagahan dan keberanian. Tetapi apa bila disebutkan namanya kepada Rasulullah s.a.w, Baginda akan bersabda ” Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.“. Mengapa begitu?

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri.
Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.

Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

Peristiwa tersebut telah memberi pengajaran bahawa sekiranya dlm melakukan sesuatu pekerjaan, usaha atau pengorbanan, jika tidak disandarkan kepada jalan Allah s.w.t. , akhirnya pengakhiran kita mungkin seperti pengakhiran Qotzman yang berperang bukan kerana Allah . Kejernihan, ketulusan niat harus dituju kepada Allah semata-mata apatah lagi disaat agama telah terdistorsi kepada kepentingan peribadi, kelompok atau golongan.Oleh itu, marilah sama-sama perbaharui dan perbetulkan niat sebelum melakukan sesuatu amal atau perkara

Wallahua'lam...

Friday, May 22, 2009

Ukhuwwahku kepadamu hanya kerana DIA

Salam... Akhawat yang dikasihi dan dicintai kerana Allah...

Nak share satu hadith... Riwayat Muslim... saye sgt suke....

"Abu Hurairah berkata: Sabda Nabi s.a.w; ada seorang berziarah temannya di dusunnya, maka Allah menyruh seorang malaikat menahannya di tengah jalan. Dan ketika bertemu, malaikat bertanya: "Engkau hendak kemana?" Maka dijawab oleh orang itu "saya hendak berziarah seorang teman kerana Allah, di dusun itu. Kemudian Malaikat bertanya lagi; "Apakah engkau merasa terhutang budi padanya atau ingin membalas budi baiknya?"

Maka orang itu menjawab: "tidak, hanya semata-mata kerana saya sesungguhnya mengasihi orang itu kerana Allah. Kemudian Malaikat menyatakan "Aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah kasih kepadamu sebagaimana kamu kasih kepada kawanmu itu kerana Allah."
H.R Muslim


Wah...!! Subhanallah....

Thursday, May 14, 2009

Kisah Umar (Siri 1)

Alhamdulilah, Allah izinkan saya untuk menghayati perjuangan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang digelar al-Faruq (penegak kebenaran) melalui Novel Sejarah Islam ‘Umar Al-Khattab’ Reformis Dunia Islam... Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit ye kisah Umar ini... Saya ambil part2 yang menyentuh hati saya ye... :D

Sudah menjadi pegangan orang-orang Quraish membunuh anak-anak mereka tatkala bayi itu baru dilahirkan. Tapi lebih kejamnya umar pada ketika itu, sebelum sinar Islam itu menyimbahi hatinya, maka ditanamnya anak perempuannya hidup-hidup ketika anak kecil itu sudah mula pandai berjalan. Sudah mengenal ayah dan bondanya. Ketika itu, Umar dan isterinya sudah sayang pada anak perempuan mereka yang comel itu. Tetapi apabila kejahilan mengatasi segalanya, maka anak kecil yang disayanginya itu pun sanggup dibunuhnya. Mari saya ceritakan kisahnya:

Saat Allah berfirman dalam ayat 17 :31, Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.semakin bersemarak orang-orang Quraish untuk menentang seruan Muhammad s.a.w.

Umar Al-Khattab terus pulang ke rumah lalu berkata kepada isterinya, “ucapkan selamat tinggal kepada anak perempuan kita kerana aku mahu menguburkannya”

Umar terus mengheret anak perempuannya itu, lalu di bawanya ke padang pasir. Ketika umar menggali lubang, debu-debu pasir terkena pada jubahnya. Anak perempuan itu datang lalu menyapu debu-debu yang terkena pada baju ayahnya.

Apabila lubang itu siap digali, Umar berehat seketika bagi melepaskan penat. Anak perempuannya datang lalu menyapu janggut ayahnya. Terdetik juga rasa kasihan di hati Umar kepada anak perempuannya yang comel itu. Tapi ego serta kejahilan lebih menguasai dirinya. Lalu Umar terus mengangkat anak perempuannya lalu dihumbankan ke dalam lubang yang baru digalinya itu tanpa belas kasihan dan menimbus lubang tu dengan pasir.

Begitulah Umar ketika masih dalam kejahilan.

Kisah Umar akan disambung kemudian...