Wednesday, November 11, 2009

Ukhti… berehat kat syurga nanti... Insyaallah

Suatu malam ketika baru tiba di rumah…
“Alhamdulillah dah sampai… boleh la rilek2 lepas nh…” detik kata hatiku… (dengan perasaan yang sangat gumbira)… setelah seharian ke sana ke mari…

Tiba2, datang seorang kakak… “enti ade plan nak buat ape2 tak malam nh..”

Jawab hatiku… “Aish… kakak nh macam ade ‘makna’ je soalannye itu…”

Aku menjawab… “em… takde pape kak.. nape?”… (dengan muke yang penuh berseri2… - walaupun hati ade prasangka yang sangat hebat pada kakak itu... he2…)

“Boleh tolong drivekan akak ke Pudu tak… tolong antakan adik…” kata kakak itu…

“Hakdush… baru rasa nak rilek2 kejap…. Bukan slalu dapat gini…” kata hatiku seolah2 merasakan ajakan kakak itu adalah satu ajakan yang tak best….

Tibe2… teringat aku dengan satu kisah…

Al kisah bermule…


* * * * *

Pernah dengar nama Jaafar bin Abi Talib? Siapakah die…? Die adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang juge salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga untuknye… Hijrah nya ke Habsyah ketika dakwah Rasulullah s.a.w baru beberapa tahun di Mekah.. Tatkala umat Islam sedang dahsyat diseksa oleh kafir Quraish…

Rombongan ke Habsyah diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib selamat tibe di Habsyah… Akan tetapi, tidak lama selepas itu… pihak Quraisy mengutuskan Amru bin Al-As dan Abdullah bin Abi Rubai'ah menemui Raja Najasyi dengan membawa hadiah kepadanya dan kepada paderi-paderinya supaya Raja Najasyi menyerahkan kembali muhajirin dari kalangan umat Islam.

Setelah beberapa ketika dialog di antara Raja Najasyi, Jaafar bin Abi Talib, dan Amru bin Al-As berlangsung… Akhirnya Raja Najasyi mula tertarik dengan hujah Jaafar bin Abi Talib.

Kata-kata Jaafar bin Abi Talib ini banyak memberi kesan kepada Raja Najasyi, lalu beliau berkata: “Adakah kamu memiliki sesuatu yang di bawa oleh nabi kamu daripada Allah?” Jaafar berkata: “Ada.” Najasyi berkata: “Bacalah kepadaku”. Lalu Jaafar membaca kepadanya Surah Al-Maryam, Ayat: 1-4.


Lalu Raja Najasyi menangis sehingga basah jambangnya dengan air mata, begitu juga dengan paderinya sehingga basah kitab suci mereka ketika mendengar ayat-ayat Allah itu. Di sini Raja Najasyi berkata kepada Jaafar bin Abi Talib:

“Sesungguhnya apa yang di bawa oleh nabi kamu dan apa yang di bawa oleh nabi Isa adalah semata-mata untuk mengeluarkan umat manusia dari satu ceruk.” Kemudian beliau berpaling kepada Amru dan Abdullah serta berkata kepada mereka berdua: “Pulanglah, demi Allah tiada keselamatan bagi kamu berdua buat selama-lamanya.”

Amru dan Abdullah keluar dengan hati yang penuh sangat sedih dan cukup kecewa, sedangkan rombongan Jaafar bin Abi Talib tetap berada di sisi Najasyi mendapat perlindungan dan menjadi jiran yang dihormati.

Kemudian Jaafar bersama para sahabatnya meninggalkan Habsyah dan kembali ke Madinah pada tahun ke tujuh Hijrah selepas Rasulullah s.a.w pulang dari Khaibar dan selepas peristiwa pembukaan Kota Mekah.

* * * * *

Semasa peperangan Khaibar Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya tiba dari hijrah mereka ke Habsyah.

Ketibaan Jaafar telah disambut oleh Rasulullah dan Baginda mengucupinya seterusnya Baginda bersabda:

"Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, Apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"

Khaibar = Penghujung bulan Safar atau di bulan Rabiul Awwal tahun ke tujuh (7) Hijrah
Muktah = Jamadilawal di tahun kelapan (8) Hijrah

Betapa gembiranya hati Rasulullah s.a.w dengan kepulangan Jaafar… Namun, tidak lama selepas Khaibar, Muktah pula menyeru…

Bayangkan jika kita di tempat Jaafar bin Abi Talib, pastinya banyak alasan2 dan perasaan2 untuk berehat seketika dan berbual2 dengan Rasulullah – maklumlah, sangat lama tidak bertemu! Sejak dari Rasulullah dan para sahabat di Mekah – dalam keadaan umat Islam ketika itu perit diseksa… sehinggalah umat Islam dihadiahkan dengan Madinah bahkan, Mekah berjaya ditakluk semula oleh umat Islam.. dan telah berada di bawah kekuasaan Islam. Sangat lama!

Tetapi, Rasullullah s.a.w terus memerintahkan Jaafar bin Abi Talib untuk ikut sama ke Perang Muktah…

Di hari peristiwa Mu'tah itu Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat melalui wahyu yang turun kepada Baginda, sebelum beritanya dibawa orang dari medan perang.

Sabdanya yang bermaksud: Bendera dibawa oleh Zaid, beliau jatuh kemudian ianya diambil oleh Jaafar bin Abi Talib dan beliau jatuh lantas diambil oleh Abdullah bin Rawahah, Abdullah bin Rawahah pun gugur, di masa itu Rasulullah berlenang air mata hinggalah bendera Islam dicapai oleh Pedang Allah maka dengannya pembukaan pun selamat terlaksana.

Rasullullah seakan tahu Jaafar akan syahid di medan Muktah…
Dan akhirnya ia benar2 berlaku…. Jaafar bin Abi Talib syahid di Muktah! Syahidnya menuju cinta-Nya…

* * * * *

“Enti… cane nh… nak temankan akak tak… Kalo tak larat, tak pela…” persoalan kakak itu mengejutkan aku dari lamunan Muktah…

“Oh… boleh2 aje akak… bisa2 aja…” tersedar aku dari perasaan ingin berehat2…
Astaghfirullah... Kite selalu ade perasaan nak berehat lebihkan?

“Penat balik dari kerja… selalu terdetik kat hati… tak payahla g liqa”… lalu hanyutlah kite dengan perasaan bersenang-senangan itu…

“Penat la study… baru abes exam neh… nak balik kampong la… rehat2… “ lalu tertinggallah daurah dan pengisian2 yang amat bermakna buat bekalan kita…

“Takpe2… berehat kat syurga nanti…” teringat aku dengan kata2 seorang ukhti yang jauh di bumi Kiwi…

“Ya Allah… bersyukur aku kepada-Mu kerana seringkali Kau kejutkan aku dari lamunan… dari perasaan2 yang tidak sepatutnye…

“Ya Allah… lindungilah aku dari al-khannas… yang datang ketika diri alpa dari mengingati-Mu tetapi lari tatkala ingatan pada-Mu hadir kembali….

P/s:

Asimen untuk semua pembaca: Banyak sangat yang kite tak tahu kan? ~ Jom kite same2 cari detailsnye... :)

1. Siapakah Jaafar bin Abi Talib?
2. Kisah Hijrah ke Habsyah
3. Kisah Perang Khaibar
4. Kisah Perang Muktah

Wallahua'lam...