Wednesday, June 23, 2010

Thumuhat Tarbawiyyah

assalamualaikum wbt,

” Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”
” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”

Demikian bicara Nabi Sulaiman alaihisalam seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.

Ya, di manakah hud-hud? Masakan dia tak hadirkan diri untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? Masakan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaan jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?

Tiba-tiba…

” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”

Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh di kecil ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri? Recap –> ” Pasti kuhukum dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia…”)

” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”

” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”

” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”

” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”
Hud-hud, seekor burung yang kecil, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’
Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.

Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.

Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’

Dia juga tidak merasakan, ‘ alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’
Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu;  ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, masakan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’

************ *******

Saya sempat berbual dengan seorang pesakit semasa aku memasukkan cannula ke dalam salur darahnya. Dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada tulang kakinya yang patah. Semasa berbual saya mendapat tahu yang dia rupa-rupanya seorang guru (bekas).

” Did you enjoy your job?” Saya bertanya sambil menyiapkan peralatan untuk memasukkan cannula tersebut.

” Yes and no.” Jawabnya.

” Why no? “

” The kids nowadays, they have no respect to teachers. Unlike in the old days. And there is nothing that you can do about it. You can’t punish them. And there is no use bringing this up to the top. They don’t like to hear about this things.” Jelas tergambar kekecewaan di wajahnya yang sedikit pucat. (kiraan darah merahnya 7.6–>kerana itulah saya berusaha untuk memasukkan cannula ini, untuk memindahkan sedikit darah sebagai ganti)

” They don’t like whistle blowers? ” Cannula akhirnya berjaya dimasukkan, tinggal hendak ‘flush’.

” No, they don’t. They pretend that everything is ok when its clearly not.”
” At one point, the society is going to collapse isn’t it? It can’t keep on like this.” Saya membuat spekulasi sambil meletakkan ‘dressing’ di atas cannula tadi.

” I hope not. ” Pesakit itu tersenyum. ” Hopefully somebody will realize it and take action before its too late.”

Rupa-rupanya dia pun menanti kedatangan ‘hud-hud’. Hud-hud yang berani menyatakan kebenaran, berani menyatakan yang hak, berani mengambil tindakan, bukan hanya sekadar melihat dari tepi dan menanti.

Hud-hud yang menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat ini…

************ ********* *********

” Masuklah ke dalam istana.”

Ketika Balqis melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya penutup kedua betisnya.

” Sesungguhnya ini hanyalah lantai istana yang dilapisi kaca.” Kata Nabi Sulaiman.
Dan ketika itu pintu hidayah terbuka, lalu dia menyatakan keimanannya.

‘ Ya Tuhanku, sungguh, aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama-sama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

************ ********* ********* ****

Saya bayangkan, kiranya hud-hud bersama-sama berada di situ, pastinya dia tersenyum puas mendengar ucapan ikhlas Ratu Balqis.

Dan dia cuma seekor burung. Sedangkan kitalah, sebagai manusia yang dipertanggungjawabk an untuk membawa risalah ini.

Adakah kita hendak kalah pada hanya seekor burung?

************ ********* ********* *******

Saya tak dapat bayangkan, seandainya kita dapat memahami percakapan burung-burung atau semut, atau apa jua binatang yang sentiasa menjadi saksi terhadap peradaban manusia pada hari ini…

Pastinya kita akan malu…

Kerana pastinya tidak putus-putus mereka mengingatkan, mengkhabarkan, mengejar kita dengan berita-berita…

” Kaum X tak sembah Allah, sembah taghut!”  Bising burung A.
” Kaum Y dah lupa kepada ajaran Rasulullah!” Leter semut B.
” Kaum Z perlu bimbingan, mereka tengah kritikal diserang jahiliyyah ni!” Panik ikan C.

Tak dapat bayangkan. Mesti kita ketika itu tak putus-putus bekerja kan? Tak ada masa dengan kerja-kerja lagho. Ada saja ‘report’ dari spesis yang berbeza. Semuanya peka, semuanya ingin sama-sama melihat dunia ini dikendalikan mengikut hukum Allah. Jaminan kesejahteraan dan kebahagiaan. Untuk semua.

************ ********* ********* ***

Tapi realitinya, kita sebagai manusialah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.

Bukan burung-burung, bukan semut, bukan kucing, bukan ikan, bukan zirafah…
Rasulullah telah mewariskannya kepada kita.Kitalah yang harus menjadi hud-hud itu…
Ayuh, persiapkan diri, ikhlaskan niat, dan teruslah bekerja!

(sumber rujukan : dari Surah an-Naml)

Tuesday, June 1, 2010

Gaza Flotilla.... Suatu Renungan

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

Umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

Tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya.

Tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

Sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

Tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.
dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, "biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal'

lalu jawapannya apa?

Ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika. dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua'lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: "Saya sudah menyeru manusia ke arah kebenaran di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya"

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burung pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua'lam.

dari: balqisz.wordpress. com