Wednesday, July 6, 2011

Rachel Corrie.. (sambungan)

palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika. dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua'lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: "Saya sudah menyeru manusia ke arah kebenaran di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya"

Wallahua'lam...

No comments: